Monday, December 3, 2007

Perhimpunan BERSIH dan HINDRAF : Mencalar Kedaulatan Keamanan Malaysia


Baru-baru ini, telah berlakunya perhimpunan ketidak puasan hati yang dilakukan BERSIH dan HINDRAF... Nah!!! Demokrasi Malaysia dicabar!!! Keamanan tercalar!!! Di mana letaknya perpaduan yang terpupuk selama 50 tahun ini???

Kita mulakan dengan perhimpunan BERSIH di ibu negara. Saya terpanggil untuk menyatakan tindakan mereka adalah satu tindakan yang kurang bijak kerana ia hanya memalukan negara semata-mata. Adakah mereka mahukan negara ini menjadi negara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya??? Keamanan yang dicapai tercemar dek nafsu politik yang belum tentu mencerahkan masa depan negara kita. Memalukan!!! Demontrasi jalanan yang hanya merugikan banyak pihak. Sensitiviti masyarakat Malaysia dianggap mudah bagi kumpulan ini. Tidak sedarkah mereka tindakan mereka ini hanya menjatuhkan maruah Malaysia di mata dunia???

Kita pergi pula pada perhimpunan kaum yang dilakukan HINDRAF. sudah 50 tahun kemerdekaan dicapai, mengapa ini boleh terjadi??? Setahu saya, tiada penindasan kaum di Malaysia tetapi mereka menuntut hak dan mencemar perlembagaan Malaysia. Jika hak mereka ingin ditegakkan... bagaimana dengan hak orang Melayu, Bumiputera, Cina dan lain-lain????

Kesimpulannya, tindakan kurang bijak inilah yang menjadikan Malaysia mula menerima tamparan dalam isu keamanan. Kepada rakyat Malaysia, jika ingin bertindak.. ikutlah kewarasan dan timbang rasa. Gunakan saluran yang betul untuk mengatasi apa jua masalah. Salam Perpaduan buat semua.

No comments: