Sunday, September 11, 2011

Kuah Kacang

Hari ni saya try masak kuah kacang… ni kira first time tau… amik resepi dan adjust ikut selera saya… so nak share la ngan semua sebab sedap.. hahaha.. kalu tak sedap konpem tak disharekan… so akan dibawak ke opis untuk dikongsi ngan kawan2 untuk breakfast esok… huhu…

Nak tau naper sibuk nak try masak kuah kacang ni?? Sebab 21/9 ni bahagian saya nak buat jamuan raya n unit saya ditugaskan untuk membawa nasi impit dan kuah kacang… nasi impit tu sonang jer kan.. tapi bab kuah kacang ni semua surrender.. so sy dgn penuh yakin akan cube masak… tu la sebab try masak dulu.. bila dah lulus ni.. barulah berani nak masak utk 21/9 ni.. hahaha…. So kat bawah ni resepi yang saya dah olah sikit,.. gambor teros dari kuali jer la.. malas nk hias2.. cube la.. mmg sedap wooo…..



Resepi Kuah Kacang
• 300g kacang tanah
• 2 batang serai
• 1 inci halia
• 1 inci lengkuas
• 1 mangkuk air asam jawa
• 20 tangkai cili kering
• Sedikit belacan
• Sedikit udang kering (utk perasa shj)
• 2 biji bawang besar
• 1 biji bawang putih
• 1 keping asam keping
• 4 sudu besar Gula
• Garam

Cara Memasak.
1. Goreng kacang tanah bersama minyak sehingga kekuningan. Angkat dan buang kulitnya. Kisar separuh kasar dan kisar separuh halus sedikit.
2. Halia, lengkuas, lada kering, belacan, dan udang kering digoreng tanpa minyak. Bahan-bahan ini dikisar bersama bawang besar, dan bawang putih.
3. Tumiskan bahan yang dikisar bersama serai yang dititik di dalam minyak sehingga garing. (minyak boleh dilebihkan bagi memasak kuah kacang). Masukkan air asam jawa dan asam keping.
4. Masukkan kacang yang dikisar dan masak sedikit lagi. Masukkan sedikit garam dan gula.
5. Gula boleh ditambah mengikut selera.
6. Setelah siap bolehlah dihidang bersama nasi impit atau ketupat.

• Semasa menghidang bolehlah mengurangkan minyak di dalam kuah kacang yang dimasak tadi.

No comments: