Saturday, September 24, 2011

Fauziah Latiff Setia Bersama SK II


Teks Oleh: zyzamani

KUALA LUMPUR, 22 SEPT 2011: Bukanya mudah bagi seseorang artis untuk bertahan dan bergelar duta produk kecantikan melebihi 10 tahun. Namun perkara tersebut dapat dikecapi oleh penyanyi jelita Fauziah Latiff.

Bergelar duta Malaysia bagi produk kecantikkan antarabangsa, SK II selama 13 tahun, Fauziah Latiff bersyukur dengan apa yang dilaluinya.

Mengakui turut menerima tawaran untuk menjadi duta produk kecantikkan yang lain, bagi Fauziah Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Gee, nyata lebih selesa untuk terus setia bersama jenama unggul itu.

"Memang sepanjang tempoh itu saya ada menerima tawaran daripada produk lain tapi saya selesa bersama SK II. Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh mereka.

"Antara sebab utama saya dan mereka dapat bertahan bersama kerana mereka dapat memberi apa yang saya mahukan. Pada masa yang sama saya juga dapat memenuhi permintaan mereka, " katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baru SK II, di Mid Valley Megamall, baru-baru ini.

Berkongsi petua kecantikkan yang dimilikinya sambil tersenyum manis, kata Gee tiada petua khusus yang diamalkannya. Kata pelantun lagu popular Teratai Layu Di Tasik Madu itu, dia hanya memakai solekan apabila diperlukan.

"Saya tak amalkan petua kecantikkan pun. Cuma hanya bersolek apabila perlu dan kalau tak saya lebih senang keluar rumah tanpa solekan. Memang itu yang saya selalu saya praktikkan dan saya selesa sebegitu," jelasnya lagi.

Mengulas mengenai sambutan rayanya kata wanita kelahiran Air Tawar, Perak ini, dia amat gembira dapat menyambut lebaran bersama ibu dan anak-anaknya di kampung halaman, Johor.

"Alhamdulillah saya menyambut raya bersama mak dan anak-anak di kampung selama seminggu. Raya kali ini anak-anak bersama saya dan sepanjang di sana kami dapat meluangkan masa beraya dan melawat sanak saudara," katanya.

Sumber : murai.com.my

Monday, September 19, 2011

Mahu menyanyi, berlakon sama



PADA awal pembabitan Amyza Aznan atau Amyza, 37, dalam dunia hiburan tempatan, wajahnya sering dikaitkan dengan Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff atau Jee Latiff, 40. Kata peminat mereka macam kembar seiras. Malah ada juga yang bertanya adakah dia adik kepada penyanyi popular itu.

Perkara itu turut disedari Amyza selepas ramai memperkatakannya. Waktu itu Amyza sering menidakkan apa yang diperkatakan kerana malu. Katanya lagi, siapalah dia hendak dibandingkan dengan Jee yang punya nama besar dalam industri muzik tempatan.



Waktu sama, kata Amyza yang ditemui pada satu majlis sambutan Aidilfitri, baru-baru ini, dia memang meminati Fauziah sejak kecil dan seingatnya sejak tingkatan satu.

“Dulu masa zaman budak-budak, apabila orang kata muka saya mirip Jee, saya selalu belek wajah di hadapan cermin. Waktu sama hati turut bertanya, benarkah wajah saya sama dengannya dan dari sudut mana?


“Jee jauh lebih cantik kalau hendak dibandingkan dengan aku, fikir saya. Tapi selalunya saya akan simpan perasaan bangga apabila dikatakan serupa dengan Jee. Mana tidaknya orang kata wajah saya dan penyanyi kesayangan serupa, mestilah saya rasa seronok!” katanya.


Bagaimanapun, sepanjang membabitkan diri dalam dunia seni hanya sekali dia ditemukan dengan penyanyi terbabit bagi menjayakan satu sesi fotografi untuk menghiasi muka hadapan majalah. Waktu itu hatinya sangat berbunga kerana dapat bertentang mata dengan penyanyi kesayangannya.

“Peluang itu saya peroleh selepas enam tahun bergelar pelakon. Mungkin kerana sudah ramai orang menyebut wajah kami serupa menyebabkan editorial majalah itu mendapat idea untuk menemukan kami,” kata Amyza.

Selepas itu, dia tidak berkesempatan bertemu dengan Jee lagi sehinggalah apabila mereka bertemu sekali lagi pada majlis sambutan Aidilfitri terbabit. Kebetulan Jee dijemput untuk menyanyi.

Lalu peluang itu digunakan Rap untuk merakamkan gambar mereka berdua buat pembaca setia dan peminat bagi melihat sendiri dari sudut mana wajah dua artis terkenal ini dikatakan sama.

Menyambung perbualan membabitkan minat Amyza terhadap Jee, kata pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu, dia turut menjadikan kejayaan diraih penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu sebagai sumber inspirasi.

“Pembabitannya dalam dunia nyanyian benar-benar memberi impak berbanding artis sekarang dan rata-rata mereka mempunyai ramai pengikut setia. Malah kerana kejayaan diraih Jee juga menyebabkan saya menyimpan impian menjadi penyanyi.

“Daripada tak ada suara sehinggalah sekarang saya boleh menyanyi dengan baik. Jee juga menjadi pembakar semangat untuk saya mengasah bakat dalam bidang nyanyian,” ujarnya.

Pada waktu sama, Amyza berkata, dia menyimpan impian untuk menyanyi bersama Jee walaupun sekali tidak kira dalam rakaman lagu mahupun persembahan pentas. Mengikuti perkembangan idolanya itu yang kini turut berlakon drama, dia juga berharap selepas ini akan terbuka peluang untuk mereka beraksi sama.

Pertama kali mendengar kenyataan mengatakan wajahnya sama dengan Amyza membuatkan Jee tertanya-tanya. Bagaimanapun, apabila pertama kali melihat wajah pelakon itu, penyanyi berasal dari Klang, Selangor itu mengakui tersenyum.

“Apabila melihat wajahnya buat pertama kali saya faham mengapa ada yang mengatakan wajah kami mirip. Mungkin bentuk rupa ada sikit iaitu bujur sirih dan waktu sama saya kelihatan lebih cengkung sedikit. Ada satu klip video pernah saya hasilkan waktu isu saya sangat kurus. Apabila melihatnya kembali memang saya dan Amyza nampak seiras,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya lakonan Amyza, Jee akui ibu anak dua itu sangat berbakat dan menggemari aksinya. Dia juga menyifatkan Amyza seorang pelakon serba boleh dan lakonannya bersahaja.

Menyentuh mengenai impian Amyza yang memujanya dan berhasrat untuk berduet bersama, kata Jee, dia terharu dan sangat berterima kasih. Sekiranya ia terlaksana, Jee menganggap ia sebagai satu penghormatan.

Menyentuh mengenai kerjaya lakonan dan hasrat Amyza untuk digandingkan bersama, kata Jee merendah diri, dia menyifatkan sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan, masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.

“Saya berterima kasih kepada Suhan Movies & Trading juga Rosyam Nor kerana memberi kepercayaan dan peluang untuk menimba pengalaman dan belajar selok-belok dunia lakonan. Bagaimanapun, bagus sekiranya kami dapat ditemukan di layar. Tapi segan sebabnya saya ini baru hendak belajar. Sekiranya peluang datang saya menerimanya dengan tangan terbuka,” katanya yang kini sering mengikuti konvoi motosikal besar.

Menyentuh mengenai kerjaya, kata Jee, dia masih menerima tawaran untuk mengadakan persembahan cuma buat masa sekarang dia belum terfikir untuk menghasilkan album kerana mahu berehat buat sementara.



PROFIL

Nama Penuh: Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff
Panggilan: Fauziah Latiff atau Jee
Tarikh Lahir: 5 Disember 1970
Usia: 40 tahun
Asal: Klang, Selangor
Status: Ibu Tunggal
Anak: Jeffri Joaquim Indot dan Jeremy Jay Indot
Kerjaya: Penyanyi, pelakon
Album: Digamit Memori, Kau Merubah Segalanya, Kini, Tiada Noktah Cinta, Hua Xi Ya, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, Epilog Memori Gelita, Apa Sebenarnya, Sahabat, Jee ‘98, Yang Lebih Kau Cinta...Jee, Pesona (2006), Koleksi Emas Volume 1, Koleksi Emas Volume 2, Petikan Syahdu Volume 1, Petikan Syahdu Volume 2, Jee No 1st, Di Sebalik, Balada, Memori Sentimental Hit, Keunggulan.
Teater: Rubiah, Muzikal Tun Razak
Program: Muzikal Mencari Harta Karun, Lontong, Raya Rantau, Malaysian Idol.
Drama: Kudrat Iman dan Gelora Di Hati Sara
Filem: Pak Tam Duda dan Memori (Penampilan Khas)
Iklan: Salem, LUX, SKII
Anugerah: Juara Pesta Pujaan Kingsway 1989, Lagu Sahabat menang 5 trofi Anugerah Video M 1996, Juara Keseluruhan, Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-8 (AJL 8) lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Penghibur TV Wanita Popular 1992 & 1993 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).


PROFIL

Nama: Amyza binti Aznan
Panggilan: Amyza
Tarikh Lahir: 18 Julai1 974
Usia: 37 tahun
Tempat Lahir: Alor Gajah, Melaka
Pekerjaan: Pelakon, Penyanyi, dan Pengacara
Hobi: Menyanyi, menari dan memasak
Status: Berkahwin
Suami: Khairil Izhar Mohd Nazir
Anak: Andre Mikhail dan Adrian Adam
Filem: Iman Alone, Puteri Impian 2
Drama: Mat Despatch, Tiga Dara, Tan Tin Tun, Geletek, Iris, Mister and Misses, Kerana Kasih, Ejen 008, Isteriku Bukan Queen Control, Janji Meletup, Donut, Trilogi Cinta, You Saka Pergi Jauh Jauh, Ohh... Bola, Ahmad Albab Yang Punya, Begitukah Cinta.
Rancangan TV: Sehati Sejiwa, Biskut Apa?
Pencapaian: Naib Juara Sehati Berdansa 2

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Sumber: Harian Metro

Thursday, September 15, 2011

Pelancaran Kedai Rakyat 1 Malaysia KPDNKK & Sambutan Hari Raya KPDNKK




semalam KPDNKK melancarkan satu lagi Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di KPDNKK Putrajaya, so bolehla orang Putrajaya membeli di kedai ni... kedai betul2 terletak di bangunan KPDNKK... so kami dipaksa turun untuk meramaikan majlis.. hahaha... selamat dah pukul 4.45... kalu tak saper nk wat keje kami kan??? hehehe

lepas jer perasmian KR1M tu... kene jadik usherer (penyambut tetamu) bagi majlis sambutan raya pulak... tema pink gittuuu... tapi disebabkan penat tak boleh tahan kol 6 terus jer naik n balik rumah... lagipon penampilan da tak best.. rambut dah mengerbang ala-ala suster ngesot dek kipas besor2 nih... so dari dapat malu... (i ni kan artis gaks.. hahaha).. teros balik... alasan... hahaha

Bilik Terbuka - Makan Free



hehehe... just untuk kenangan... kan hari tu buat sambal kacang... kebetulan pulak Min buat kuah kacang n rendang daging... n cik pah pon leh bawak rendang ayam... so kami pon buatlah sesi makan di bilik Min... meriah sungguh... best...



jadik ni semua makan sarapan tak hengat doniaa... hahaha.. semua sedap-sedap...

tengah hari pulak hajar buat makan2 di rumah die.. menu adalah laksa n soto.. sungguh sedap mak hajar masak... jadik tema hari tu adalah mari berjimat.. hahaha

Sunday, September 11, 2011

Kuah Kacang

Hari ni saya try masak kuah kacang… ni kira first time tau… amik resepi dan adjust ikut selera saya… so nak share la ngan semua sebab sedap.. hahaha.. kalu tak sedap konpem tak disharekan… so akan dibawak ke opis untuk dikongsi ngan kawan2 untuk breakfast esok… huhu…

Nak tau naper sibuk nak try masak kuah kacang ni?? Sebab 21/9 ni bahagian saya nak buat jamuan raya n unit saya ditugaskan untuk membawa nasi impit dan kuah kacang… nasi impit tu sonang jer kan.. tapi bab kuah kacang ni semua surrender.. so sy dgn penuh yakin akan cube masak… tu la sebab try masak dulu.. bila dah lulus ni.. barulah berani nak masak utk 21/9 ni.. hahaha…. So kat bawah ni resepi yang saya dah olah sikit,.. gambor teros dari kuali jer la.. malas nk hias2.. cube la.. mmg sedap wooo…..



Resepi Kuah Kacang
• 300g kacang tanah
• 2 batang serai
• 1 inci halia
• 1 inci lengkuas
• 1 mangkuk air asam jawa
• 20 tangkai cili kering
• Sedikit belacan
• Sedikit udang kering (utk perasa shj)
• 2 biji bawang besar
• 1 biji bawang putih
• 1 keping asam keping
• 4 sudu besar Gula
• Garam

Cara Memasak.
1. Goreng kacang tanah bersama minyak sehingga kekuningan. Angkat dan buang kulitnya. Kisar separuh kasar dan kisar separuh halus sedikit.
2. Halia, lengkuas, lada kering, belacan, dan udang kering digoreng tanpa minyak. Bahan-bahan ini dikisar bersama bawang besar, dan bawang putih.
3. Tumiskan bahan yang dikisar bersama serai yang dititik di dalam minyak sehingga garing. (minyak boleh dilebihkan bagi memasak kuah kacang). Masukkan air asam jawa dan asam keping.
4. Masukkan kacang yang dikisar dan masak sedikit lagi. Masukkan sedikit garam dan gula.
5. Gula boleh ditambah mengikut selera.
6. Setelah siap bolehlah dihidang bersama nasi impit atau ketupat.

• Semasa menghidang bolehlah mengurangkan minyak di dalam kuah kacang yang dimasak tadi.

Friday, September 9, 2011

Transeksualiti : Haruskah Terjadi? Salah Siapa?

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes permohonan pertukaran jantina dan juga kes hubungan terlarang yang tidak kesampaian oleh golongan lelaki yang menyerupai wanita. Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk menghina mana-mana pihak, tetapi untuk kesedaran diri bersama. Ini kerana kita tiada hak menghina dan menghukum golongan ini kerana mereka juga diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi.

Pertama sebelum kita terus beremosi dan menghina golongan ini. Lebih baik kita muhasabah diri dengan memberikan persoalan ini, "cukup sudah amalankah kita untuk ke syurga atau cukup sempurnakah diri kita di mana kita mempunyai tahap yang tinggi untuk menghukum manusia ini ke neraka sedangkan hukuman itu adalah satu-satunya hak Allah s.w.t.". Tujuan artikel ini ditulis juga adalah untuk kita bersama-sama menidakkan kebathilan yang berlaku kerana walaupun isu seperti ini sudah menjadi barah di dalam masyarakat Islam kita.

"Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai lelaki." (HR. Bukhari). Sudah jelas lagi terang, hukum menukar jantina adalah haram. Justeru itu, kembalilah kepada fitrah kejadian walaupun diberi dugaan yang berat kerana memiliki naluri perempuan/lelaki.

Bagi golongan ini, redhalah dengan kejadian Allah dan dekatkan diri kepada Allah Yang Esa. Positifkan diri dengan bersyukur tidak semua insan yang lahir di dunia ini mendapat dugaan seperti itu. Cukup insan sekeliling kita menghormati nilai-nilai Islam diterapkan dalam diri walau dilabelkan sebagai lelaki lembut atau sebagainya.

Apabila kita melihat dari pandangan yang lebih matang, golongan ini lebih jujur dalam melahirkan sifat mereka. Lebih baik daripada golongan gay/lesbian yang bersembunyi di sebalik perlakuan normal sebagai lelaki / wanita. Sekurang-kurangnya kita tahu siapa mereka dan mereka tidak bersembunyi dengan dugaan yang diberi. Justeru itu, label lelaki lembut atau sebagainya dibuang di dalam "topik kehidupan masyarakat".

Biarlah di masa hadapan, kita akan mendapat berita lebih baik daripada golongan ini. Contohnya mati syahid semasa menjalankan dakwah Islam atau mengharumkan nama negara dengan bakat yang dianugerahkan Allah s.w.t. Justeru itu, kita sebagai manusia normal tidak perlu menyisihkan golongan ini daripada masyarakat. Bimbinglah mereka ke arah yang lebih baik daripada kita membiarkan mereka hanyut di dalam lautan impian dunia imaginasi mereka.

Jadi tidak perlu kita menuding jari menyalahkan sesiapa bagi isu ini kerana ini adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.Bersama-sama kita berdoa agar kita semua ditempatkan di satu tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. tidak kira apa jua situasi diri. Bersyukur dengan fitrah dan mari bersama kita dekatkan diri bersama yang Maha Esa, Allah s.w.t.

Thursday, September 8, 2011

Video Kejadian Restoran Mamak di Seksyen 15 Shah Alam



Kejadian berlaku pada 28 Ogos 2011 yang lalu iaitu 2 hari sebelum umat Islam menyambut Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jika penyamun beragama Islam, jika tidak dihukum di dunia biarlah Allah s.w.t memberikan hukuman setimpal kerana mencemar bulan mulia ini. Di kala insan lain cuba menambah amalan baik tapi tidak bagi mereka.

Ya, kamu boleh bertaubat, tetapi ini adalah dosa kamu dengan manusia. Fikirkanlah. Benda haram menjadi darah daging. Astaughfirullah...

Dan jika mereka berbangsa melayu, inikah melayu zaman kini? Lebih banyak membuat kejahatan dan perkara negatif dari membangunkan diri memartabatkan bangsa sendiri?

Wednesday, September 7, 2011

Lelaki Seperti Aku - Aliff Satar



Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Skim Piramid

Akta Jualan Langsung 1993 (AJL) telahpun dipinda selaras dengan perkembangan industri jualan langsung di Malaysia. Berkuatkuasa 1 Mac 2011, AJL kini dengan nama baru iaitu Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti Piramid 1993 (AJLSAP) yang meminda beberapa definasi jualan langsung itu sendiri.

Jika dahulu, segala aktiviti jualan langsung berbentuk elektronik tidak perlu memohon lesen tetapi kini tidak lagi. Selagi terdapat undur membina rangkaian dan penjual langsung (distributor) menerima komisen atau faedah ekonomi lain maka syarikat terlibat perlu memohon lesen daripada KPDNKK.

AJLSAP ini juga menggariskan beberapa perkara bagi membendung Skim Piramid / Skim Cepat Kaya. Menggariskan 10 ciri utama skim piramid di dalam Jadual IV dilihat mampu memutihkan aktiviti negatif syarikat berlesen atau tidak berlesen yang menjalankan skim bagi tujuan menipu atau mendapat keuntungan berlebihan dan mengananiaya pengguna. Berikut adalah ringkasan 10 Ciri Skim Piramid yang perlu diberi perhatian. Awas dan berwaspadalah bagi syarikat yang menjalankan salah satu atau kesemua ciri yang disebut di bawah:

1.Promosi semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.

2. Bonus dibayar semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.

3. Kontrak bertulis tidak disediakan.

4. Pembelian wajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau permulaan pembayaran bonus.

5. Dikehendaki membeli barang-barang dalam amaun yang tidak munasabah. Tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi didesak membeli pakej untuk mendapat bonus.

6. Dasar bayar balik barang-barang tidak disediakan.

7. Dasar beli balik tidak dibenarkan atau disediakan.

8. Kehendak struktur yang ketat bagi kelayakan untuk dibayar bonus.

9. Pengunduran diri tidak dibenarkan.

10. Dibenarkan atau digalakkan membeli lebih daripada satu kedudukan.

Untuk makluman 10 ciri ini mungkin boleh dipinda berdasarkan transformasi skim piramid itu sendiri.

Monday, September 5, 2011

Fauziah Latiff : Pengguna Bijak



Lagu ni dibawakan oleh Kak Jee semasa sambutan Hari Pengguna 2007 seperti dimaklumkan kepada saya.

Sunday, September 4, 2011

JEE : Masa Untuk Diri Sendiri



Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my

TAMPIL mempesona dalam busana kebaya rekaan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek membuatkan mata tidak jemu memandang. Baik rona jingga mahupun epal hijau mampu membangkitkan seri wajahnya yang tidak makan usia itu.

Senyuman manis sentiasa menghiasi bibirnya membuatkan suasana sesi fotografi yang berlangsung di Restoran Seri Melayu, hangat dengan kemesraan. Setiap soalan dijawab penuh sopan malah dia sentiasa merendah diri seperti biasa.

Itulah Fauziah Latiff. Bintang yang tidak pernah berubah dari dulu. Sentiasa lembut turut katanya malah kewanitaannya cukup terserlah meskipun gemarkan aktiviti lasak dan mencabar.



Memahami tujuan wajahnya dirakam lensa, dia yang mesra disapa Jee mengalun bicara me­ngenai sambutan Aidilfitri. Jelasnya, lebaran disambut sederhana sejak ayahanda tercinta meninggal dunia.

Sambil menghela nafas panjang, dia yang mula dikenali menerusi lagu Digamit Memori menambah, kehila­ngan insan paling dikasihinya itu masih terasa hingga ke hari ini bahkan rindu yang melimpah di relung hati tidak mampu dibendung.

Seberat manapun, dia reda de­ngan aturan alam. Yang hidup pasti mengadap Allah SWT apabila tiba masanya dan ketentuan itu tidak boleh diubah.

“Kalau ayah masih ada, dialah yang paling sibuk melakukan persiapan. Dari soal mengemas rumah hinggalah masak, semua dia mahu buat. Ayah pandai masak, antara juadah air tangannya yang paling saya suka adalah rendang, kari dan lontong.

“Dia suka sangat duduk di dapur sampai mak bising. Terhibur lihat gelagat mereka apabila masak sama-sama. Habis urusan masak-memasak, kami anak beranak akan hias rumah bersama.

“Kehilangan ayah mening­galkan kesan hingga ke hari ini. Tidak tergamak rasanya terlalu beriya-iya menyambut raya apabila dia tiada di sisi,” kata Jee dalam nada lembut.

Sambung Jee yang rancak disolek Dinie Awaluddin, indahnya Aidilfitri apabila dapat berkumpul dengan ibu dan anak. Meskipun tahun ini giliran dua cahaya matanya, Jeffri Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11 beraya dengan bekas suami, mereka masih berpeluang meraikan hari paling bermakna bagi umat Islam itu bersama-sama.

“Setiap tahun persiapan raya lebih saya fokuskan kepada anak dan mak. Jeffri dan Jeremy tidak cerewet, apa yang saya beli mereka suka dan akan pakai. Baju Melayu bapa mereka belikan, jadi saya cuma beli baju kasual.

“Tahun ini agak kelam-kabut kerana saya ada komitmen yang menuntut lebih perhatian. Apapun saya akan pastikan detik bersama ibu, anak, keluarga terdekat dan teman rapat melakar kenangan manis buat kami semua,” katanya.

Ujar Jee lagi, suasana raya lebih meriah jika diraikan di kampung. Masih segar di kotak memorinya, tatkala arwah nenek masih hidup sambutan Aidilfitri dan Aidiladha paling dinanti-nanti.

“Suasana raya dulu tak sama macam sekarang. Rumah nenek jadi tumpuan semua sanak-saudara dan mereka masak beramai-ramai. Biasanya juadah raya dimasak dalam kawah. Setiap orang ada tugasan masing-masing, sekali pandang seperti mahu me­nyediakan hidangan untuk kenduri. Ada yang kacau dodol, ada yang masak rendang, bakar lemang, rebus ketupat dan macam-macam lagi.

“Suasana kampung pada malam raya sangat cantik. Setiap rumah dihias dengan pelita malah riuh rendah dengan suara kanak-kanak bermain bunga api.

“Apabila nenek sudah tiada, rumah mak saya menjadi tempat adik-beradik berkumpul. Bagaimanapun kebelakangan ini jika beraya di kampung, saya beli makanan siap masak sebab tidak mahu ibu penat. Biskut raya biasanya saya tempah daripada kawan.

“Pun begitu ada beberapa juadah yang mak masak iaitu lontong, ketupat, rendang dan serunding,” katanya yang popular dengan lagu Teratai Layu di Tasik Madu, Aku Sebutir Pasir, Kau Merubah Segalanya dan Enggan.

Lebih dua dekad mencanai bakat di persada seni, Jee melakar pencapaian membanggakan sekali gus membuatkannya mampu bertahan hingga ke hari ini. Auranya tidak pernah luntur meskipun tidak lagi sekencang dulu.

Biarpun sudah lama tidak muncul dengan album baru, namanya terus meniti di bibir peminat setianya, bahkan kehebatan serta kelainan persembahannya satu ketika dulu masih menjadi sebutan. Siapa tidak ingat dengan gadis cantik bersuara lunak yang lincah menari di atas pentas bahkan alunan suara merdunya ketika menyampaikan lagu balada membuai hati pende­ngar.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Jujur, bukan mudah perjalanan sebagai anak seni tetapi saya menghargai apa yang saya lalui selama ini tidak kiralah sama yang baik mahupun sebaliknya. Semua itu pengalaman yang mematangkan saya malah tidak ternilai harganya.

“Saya tahu peminat rindukan persembahan saya seperti dulu malah saya teringin mengadakan persembahan terbuka. Namun, pada fasa hidup sekarang, ada perkara lebih penting perlu saya utamakan.

“Selepas sekian lama bekerja keras, tahun ini saya peruntukkan untuk berehat. Dengan adanya masa untuk diri sendiri, banyak perkara yang sebelum ini saya tak dapat buat, boleh dilakukan. Tidak dinafikan bidang ini sebahagian daripada hidup saya. Di sinilah saya mencari rezeki dan membesar. Namun saya perlukan rehat dan dalam pada itu menyusun semula hidup saya.

“Apapun itu tidak bermakna saya langsung tidak menyanyi. Ada juga beberapa undangan persembahan acara tertutup saya penuhi,” kata­nya sambil menyifatkan dirinya bertuah kerana dikelilingi insan yang bagus dan sentiasa berusaha gigih menaikkan namanya malah mengakui sokongan tidak bertepi peminat memainkan peranan besar untuknya terus mendaki dan bertahan.

Keprihatinan penyanyi yang turut berbakat dalam dunia lakonan ini terhadap alam sekitar dan hidupan laut menjadikan nilainya semakin tinggi. Tugasnya sebagai duta Persatuan Pemulihan Terumbu Karang Malaysia (Coral) mengisi waktu senggangnya.

Banyak aktiviti lasak yang membabitkan alam sekitar selain aktiviti motosikal berkuasa tinggi menjadi teman setia duta produk SK-II ini.

Sumber: Harian Metro

Falling In Love - Dato' Siti Nurhaliza

Once in a life time
An angel sweeps you off your feet
And everything I’m about
Disappears before my eyes
You’re taking me higher when I hear you speak to me
It feels so familiar that I’m caught up in this fantasy

Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dreams
You’re taking me higher
When I hear you say my name
I’m trying to tell you
That I never want to let you go

Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

Over and over again
It plays out in my mind, I can see it clearly
You’ve given me something new to believe in
Come take me away
Oohhh (Come take me away)
Away
Come take me away
Away (Come take me away)
Away, away

(2x)
Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

(3x)
I’m falling in love

Love love.. with you..

TIPS BERBELANJA

"Duit oh duit... di mana kau duit...".. tak silap ade lagu citer pasal duit kan... belum lagi lagu 50sen..50sen.. hahaha... kalau tak tau lagu-lagu tu silalah search sendiri eak.. hehehe...

OK... topik ari ni melibatkan tips yang berguna apabila kita berbelanja supaya tak terlebih muatan.. hehehe... terlebih belanja arr... jadik sebelum tu kita kene tau dulu aper tu inflasi... menurut kamus dewan bahasa.. ceewahhh.. tak arr.. berikut adalah maksud inlasi...

"Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (barangan atau perkhidmatan) yang berterusan akibat daripada beberapa faktor seperti permintaan melebihi permintaan di dalam pasaran dan peningkatan kos penghasilan barangan itu sendiri"

So... berikut adalah tips mengatasi inflasi dalam berbelanjan yer tuan-tuan dan puan-puan:

1) Merancang perbelanjaan
---kalu dah buat planning tu... kene lah disiplin yer..
---first buat simpanan tiap-tiap bulan... atleast paling kedekut pon 5% hingga 10% dari pendapatan...
---bahagikan perbelanjaan ikut pengkhususa... bermula dengan keperluan baru kehendak (contoh: barang dapur, pinjaman, dsb)

2) Kurangkan perbelanjaan dengan bijak berbelanja
---bandingkan harga... jenama letak tepi... yang penting kualiti... paling bagus pilihlah barang buatan Malaysia...:P
---kalau ade barang pengganti... contoh kopi tu... amik la yang murah... bak kata satu iklan tu... "yang mahal tak semestinya bagus dan yang murah itu tak semestinya tak bagus"...

3) Bandingkanlah harga
---sonang jo... bukak suratkhabar ker pastu tgk la mana pasaraya yang bagi diskaun yang bagus... baru gi...
---kalau malas.. bukak tenet.. pegi jer website 1pengguna.com tu... leh gak banding harga...

4) Belanja ikut keperluan
--- haa,, yang ni penting... beli ikut keperluan bukan napsu serakah... hahaha... (contoh: kalu umah tu duk 2 orang... takkan le beli ayam 2 ekor untuk sekali makan??? bela saka ker aper? hahaha)

5) Bijak berhemat
---menabunglah baki duit belanja tu (tak kira la belanja dapur ke belanja sekolah eak)... nk tau.. tgk akhir thn betapa berat korang ngan tabung tu dah hampir sama.. hehehe..
---cari alternatif penggunaan wang.. contoh: pada tgk wayang satu keluarga baik beli je DVD tgk kat umah.. kan jimat tu cik Jah...


Strategi berhemat...
@ guna pengangkutan awam 3 kali seminggu (boleh jimat tol segala)
@ pergi jer gim free kat opis tu dari bayar mahal2 (bukan pegi pon kan kalu dah bayar.. hehe)
@ gi konsert percuma (toksah beli tiket mahal2 kecuali korang mmg die hard fan bagi artis tu la)
@ melawat muzium percuma...

Korang pikirlah strategi seterusnya... duit korang... banyak membebel korang tak suka kan... tu la.. Kelass Ko Maria!! eh tahun ni dah tukar.. Kelasss Ko Jah!!! hehehe

Saturday, September 3, 2011

PENYAKIT HATI : APAKAH???

Sempena bulan mulia ini wajarlah saya mengutarakan topik dengan tujuan membersihkan hati kita. Bak kata orang-orang tua, penyakit hati ni memang punca kita membenci satu sama lain. Penyakit hati tu aper eak? hahaha... penyakit hati ni kira termasuklah dendam, kecik hati, iri hati dan seteru dengannya la kan...

k la... pertama sekali ade petua bagi kita mengelak dan menghindar penyakit hati ni... nak tau ade.... kalau dalam english we call that 2F... hehehe...

F yang pertama... FORGIVE (memaafkan)... jadik walau aper pon yang terjadi kita perlu mempelajari memaafkan kesilapan orang... orang tu termasuklah diri kita sendiri jugak yer... malam2 sebelum tido tu.. sila-sila la memaafkan semua orang selain maafkan diri kita sendiri... kadang2 kita ni buat salah kat diri sendiri gak... nak contoh.. pikir2 la sendiri.. hahaha... belajar memaafkan ni memang susah... tapi kalu diamalkan.. korang tgk la perubahan pada diri korang... confirm jadik penyabar dan tak mudah melenting... kalau bahasa kasarnyer... orang akan cakap ko ni propa tp korang mmg totally berubah... so saper ckp korang propa.. maafkan la dieorng tu...

F yang kedua... FORGET (melupakan)... kalau dah maafkan tu.. lupakan la kesalahan tu... jgn diingat2 lagi.. nanti orng kata berdendam plak.. dah dpt satu penyakit hati lagi... hehehe...lupakan jer aper org buat kat kita... senang... mulakan hari dengan hari yang baru... alaa.. aku tau korang akan cakap ”people can forgive but cannot forget”... so korang luperkanlan pepatah tu… aku suruh korang lupakan bukan suh ilang ingatan pon… jadikan la pelajaran masa hadapan… ni korang tgk org yg buat salah tu abis sampai kiamat korang ingt aper die buat… tak baik.. mana tau die dah insap... korang pon dah maafkan die kan.. so luperkan ape yg die buat... tp hati2 la.. ni idak... tak nak lupe... pastu buat dose kering... hahaha...

k la... banyak cakap plak kan... padahal bleh jer gunakan formula 2 M... kakakaka saja nk kasik gempak sikit... kiki... kira kejam kan aku... so maafkan la aku... tapi jangan luper amalan ni... fikir2kan dan selamat jalan romeo... hahaha

Friday, September 2, 2011

Skim Cepat Kaya / Piramid : Mengapa Mudah Ditipu?

Rakyat Malaysia pernah digemparkan dengan satu skim yang membolehkan seseorang mendapat pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Kekaburan mata untuk menjadi kaya dalam istilah yang lebih tepat menjadi punca mengapa rakyat Malaysia ditipu oleh sindiket ini.Pelaburan melampau tanpa memikirkan risiko menyebabkan ramai menjadi fakir di zaman moden ini.Punca utama yang dapat dilihat adalah kurangnya pengetahuan tentang pelaburan yang sah dan dijamin oleh kerajaan.

Kenali Ciri-Ciri Asas Skim Cepat Kaya / Piramid
i) Mereka yang terdahulu sentiasa menikmati kelebihan yang banyak dan yang
kemudian mendapat sedikit kelebihan atau ke tahap merugikan bila mereka
tidak dapat mengembangkan penajaan.

ii) Skim Piramid yang tulen melibatkan perletakan / susunan ahli secara
automatik. Ahli / Pengedar tidak dapat menentukan sususan atau hiraki
jaringan mereka sendiri.

iii) Mempunyai ciri yang dinamakan "front loading". Kaedah ini memaksa ahli /
pengedar membeli barangan / servis dengan nilai yang tinggi / mahal dan
dalam masa yang sama ahli / pengedar tidak mungkin menggunakan atau menjual
barangan tersebut di dalam jangkamasa terdekat. Pembelian pangkat melalui
pembelian produk dan memperoleh pulangan yang banyak tanpa menjalankan
perniagaan.

iv) Skim ini juga boleh melibatkan pelaburan. Kaedah ini memberikan pulangan
yang tinggi terhadap sebarang pelaburan di mana nilai minimumnya ditetapkan.
Pulangan seperti 10% sebulan daripada nilai yang dilaburkan adalah biasa.
Skim ini nampaknya sangat menggalakkan diperingkat awal tetapi runtuh
apabila tiada lagi pelaburan yang masuk untuk melaksanakan pembayaran yang
tinggi.

Raya 2011

ni bukan citer sedey ker aper... tapi sedey la jugak... sob..sob...

tahun ni tahun ke-2 aku tak balik beraya bersama adik beradik... ntahla... aku pun tak tau kenapa aku jadik mcm ni... tp ni bukan permintaan aku... niat di hati mmg nak balik... siap amik cuti sampai 11/9/2011 beb... giler nk duk umah... leh berlumut kepala otak ni...

ntah... spnjng aku tak balik ni... sorang pon abang or kakak yang call untuk tanya balik ke idak... jadik dah takde org call aku mengandaikan mereka tak perlukan aku untuk tahun ni jugak... (kejam tak kesimpulan aku??)... so ari ni pon dah raya ke-3... sorang pon idak tanya khabar aku... sedih sangat... takperla... aku ni akan diingat bila dieorang nk mintak duit jer...(sadis...)...

ni la kalau mak ayah dah takde... semua buat hal sendiri... korang mesti nk tau betapa aku sunyikan sorang2 duk putrajaya nih... yup sunyi... sedih... sayu... semua bercampur baur... tp nk wat camner... org tak nak kita... takkan lagi aku nk terhegeh2 nk mintak kasih sayang... bukan budak kecik lagi pon kan...

yup.. aku diperlukan bila mereka nak duit jer... tu pon bukan ikhlas tanya khabar... sedih bila tgk org lain happy dgn adik beradik but not me... adik beradik ramai... tapi nak kata takde yg rapat tu ade... tapi mcm aku ckp.. rapat pon ade makna... baik bawak diri mcm ni... aku tak susahkan org lain... aku tak buat bende2 yg leh jatuhkan maruah keluarga... just kerja n carik rezeki untuk teruskan hidup...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin Abang & Kakak... biar jauh di mata... kasih dan rindu tak pernah hilang dlm hati ni... biar la ia dipujuk sendiri sbb aku tau korang takkan amik tau hal aku kat sini...

huhu... dengar takbir jer nangis sorang2... kalau la mak ayah ade lagi...

Thursday, September 1, 2011

Ucapan Raya Kak Jee


Salam Aidilfitri buat ibu tercinta, anak-anak saya, saudara mara, sahabat handai, pembaca murai.com.my dan peminat di luar sana yang membesar dengan muzik saya. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat anda semua.

Dan jangan lupa tonton Kak Jee di Melodi Raya, Ahad ni...

Sumber : Murai.com.my

My Family... Miss u all so much...

Tuesday, August 23, 2011

Selesa jalani hidup sendiri



Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM

SUDAH menjadi resmi setiap umat Islam yang menyambut Aidilfitri apabila mahu meraikan bulan kemenangan itu dengan insan tersayang.

Bagaikan tidak lengkap sambutan itu seandainya tanpa mereka yang disayangi untuk meraikan bersama-sama bulan yang penuh kemakmuran itu.

Namun, tidak semua insan bertuah berpeluang menikmati detik-detik terindah terutama mereka yang kehilangan ayah dan ibu tercinta.

Pastinya, kerinduan akan menggamit perasaan di kala takbir dan tahmid berkumandang lalu dengan pantas akan mengimbas kembali segala memori indah yang pernah tercipta.

Ketika itulah, air mata yang mengalir deras tanpa dipaksa itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa luluh dan pilu perasaan yang datang itu.

Hanya mereka yang berdepan dengan situasi sama sahaja mampu berkongsi dengan insan senasib yang pernah merasai kehilangan itu.

Bagi penyanyi jelita, Fauziah Latiff yang kehilangan arwah ayahnya, Allahyarham Sheikh Abdul Latiff Sheikh Omar Bajrai sekitar tujuh tahun lalu, kerinduan itu tetap dirasai.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila setiap kali menjelangnya Syawal, hati wanita penyanyi jelita yang lebih mesra disapa Jee itu pasti akan terusik.

Masih segar dalam ingatannya apabila terkenangkan kekecohan arwah ayahnya itu dalam membuat persiapan menjelang hari raya.

“Semua kelengkapan dan persiapan dia yang akan sediakan. Malah, kalau dia ada di dapur, kesibukannya mengalahkan ibu sehinggakan ibu saya sering memarahinya kerana mengganggu kerja-kerjanya.

“Seperkara yang membuatkan saya tidak boleh melupakan arwah adalah air tangannya yang cukup istimewa terutama kuah lodeh. Itu sudah semestinya santapan wajib saya setiap kali pagi raya.

“Kerana itulah, Syawal meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat saya. Selepas arwah pergi, semuanya sudah tidak sama lagi. Semangat untuk menyambut Hari Raya itu seolah-olah turut dibawa pergi oleh arwah,” ujar Jee atau nama sebenarnya, Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff ini dalam nada perlahan.

Begitu juga dengan kemeriahan Syawal itu sendiri yang pada hematnya, seolah-olah tidak lagi dirasai kini jika hendak dibandingkan sewaktu zaman bujangnya ketika di kampung halamannya di Johor.

Bagi Jee, nostalgia Syawal pada ketika itu adalah antara yang terindah dan ia akan menjadi kenangan yang akan terus terpahat dalam kotak ingatannya.

Lalu, apabila sesekali bicaranya disulami tawa kecil kerana teringatkan nostalgia indah itu, sudah cukup untuk merumuskan bahawa ia telah meninggalkan kesan yang bukan sedikit untuk Jee.

“Saya memang seorang yang sangat tradisional apabila menyambut Aidilfitri dalam pelbagai aspek. Memang cukup seronok apabila kita dapat mengacau dodol dalam kawah yang besar. Begitu juga dengan penyediaan rendang di luar rumah yang mengundang kemeriahan luar biasa.

“Ibu saya, Ngaisah Ahmad bersama kaum ibu yang lain akan sibuk memasak dan kemudiannya membahagikan dengan jiran tetangga.

“Budak-budak pula akan bermain bunga api dan mercun dengan penuh keriangan di samping memasang pelita di keliling kampung.

“Disebabkan itu, kalau beraya di kampung ketika itu, saya akan menyambutnya dengan penuh semangat. Segala momen indah itu tidak dapat lagi dimiliki oleh generasi baru lebih-lebih lagi untuk mereka yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur,” ujar wanita berusia 40 tahun ini sambil mengukir senyuman manis mengimbau kenangan tersebut.

Bercerita lanjut tentang persiapan raya tahun ini pula, ibu kepada dua orang cahaya mata, Jeffri Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11, itu lebih selesa untuk bersederhana.

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, dia akan menyediakan kelengkapan untuk ibu dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum menyiapkan untuk dirinya.

Apatah lagi, dia dan bekas suaminya, Johan Indot tidak mempunyai sebarang masalah dalam hak penjagaan anak-anak lalu membuatkan mereka senang untuk bertolak-ansur dalam penyediaan kelengkapan anak-anak.

“Kalau kuih raya, saya lebih selesa membelinya manakala juadah wajib seperti rendang, ketupat, lontong dan sayur lodeh, ibu saya akan menyediakannya.

“Buat masa ini, saya sendiri sukar untuk memberikan jawapan di manakah saya akan menyambut raya tahun ini. Sama ada saya akan pulang ke kampung atau ibu saya yang datang ke KL.

“Semuanya belum dapat dipastikan lagi. Selalunya keputusan akan saya lakukan dalam saat-saat akhir,” kata penyanyi yang mula menempa kemasyhuran menerusi lagu Digamit Memori pada tahun 1988 ini lagi.

Sekadar mengusik Jee yang terkenal dengan kelembutannya ketika berbicara, tidakkah dia rindu untuk beraya dengan seorang lelaki bernama suami?

Sementelah sudah lebih empat tahun dia menjanda, pasti ramai yang mahu tahu apakah hati Jee sudah dimiliki oleh mana-mana lelaki.

Tidak melatah mahupun melenting, Jee yang sudah lebih 20 tahun menjadi penyanyi itu hanya mampu tersenyum sebelum memberikan jawapannya.

“Jujurnya, saya memang tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

“Saya selesa dengan kehidupan solo saya dan saya bahagia melaluinya dengan aktiviti harian. Lagipun dalam usia begini, soal jodoh bukan lagi satu keutamaan buat saya.

“Kebahagiaan saya kini adalah bersama dua orang anak lelaki saya yang semakin membesar. Untuk melihat perkembangan mereka di depan mata adalah proses yang cukup istimewa dan membanggakan saya sebagai seorang ibu,” kata Jee yang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali ini penuh terbuka.

Tuesday, July 26, 2011

Jee : Saya Memang Bahagia



SUKAR nak percaya, wanita cantik sepertinya masih belum berpunya? Hanya dia saja yang ada jawapannya. Sekalipun hidup solo, penyanyi jelita Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa Jee, 41, mengakui ia bukan penghalang buatnya untuk hidup bahagia seperti orang lain.

“Memang saya belum bertemu pengganti sampai saat ini. Biarlah jodoh itu datang dengan sendirinya. Kalau ada, adalah.

Saya juga tidak ingin mencari jodoh kerana ia ketentuan Tuhan.

“Saya juga hargai dan bahagia dengan apa yang saya kecapi hari ini. Apa yang saya mahu semua sudah dapat dalam hidup iaitu dari segi karier seni, kehidupan dan keluarga. Apa yang saya lakukan sekarang ini semuanya untuk masa depan anak-anak.


“Ada juga yang bertanya kenapa saya tidak memilih rakan-rakan yang sama-sama aktif dalam aktiviti motosikal berkuasa tinggi sebagai teman hidup?


“Hakikatnya, mereka semua sudah seperti adik-beradik sendiri. Selalunya, selepas habis aktiviti menunggang motosikal, kami terus pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Sebagai ibu, Jee juga ingin memberikan yang terbaik buat dua anak lelakinya iaitu Jeffri Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11.

“Anak-anak saya tinggal dengan bekas suami, tapi kami sama-sama menjaga mereka mengikut giliran saban minggu.

“Apa yang saya perhatikan, Jeffri dan Jeremy sama-sama meminati bidang muzik dan kedua-duanya boleh menyanyi. “Saya juga tidak kisah kalau mereka ingin mengi�kut jejak saya menceburi bidang seni asalkan mereka tamatkan persekolahan dulu. Selepas habis sekolah terpulanglah kepada mereka nak jadi apa mengikut minat masing-masing,” katanya.



Selain karier nyanyian, hidup Jee yang juga duta Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral) juga tidak pernah sunyi kerana ada saja aktiviti lasak dan alam sekitar dilakukan bagi mengisi masa lapangnya.


Jee ditemui ketika menjayakan The Blue Kebaya ‘showcase’ anjuran The Weld Shopping Centre dan Rafflesia The Pearl Centre.

Terbaru, Fauziah baru kembali dari menjayakan rombo�ngan Artis Pencinta Alam (APA) di Pulau Banding, Gerik, Perak, baru-baru ini.

“Saya memang tidak asing dengan aktiviti berkaitan alam sekitar. Namun, saya lebih kerap menyertai program kesedaran mengenai kehidupan laut.

“Sepanjang program ini, saya menimba pengalaman menarik ketika melawat perkampungan Orang Asli, Sungai Tiang, Pulau Banding.

“Apa yang boleh, saya katakan Orang Asli di sini lebih terbuka dalam menerima pembangunan tanpa merosakkan tempat asal mereka.

“Saya melihat anak-anak Orang Asli ini bermain alat muzik dengan telinga kerana mereka tidak boleh membaca. Kita juga patut beri peluang pada kanak-kanak ini untuk mengetengahkan bakat mereka itu,” katanya.

Tidak ketinggalan, Jee juga menjayakan majlis berkodeng yang mengangkat adat perpatih Negeri Sembilan sejak turun temurun untuk diperkenalkan pada orang luar bersama 300 ahli kelab motosikal berkuasa tinggi.

Selepas lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, Fauziah bersyukur dengan pencapaiannya yang membolehkannya mampu bertahan sampai hari ini.

“Saya bersyukur kerana masih diterima peminat yang sentiasa menyokong saya dari dulu hingga kini.

“Saya juga berhubung dengan peminat menerusi laman sosial facebook dan Twitter. Artis dulu menyanyi dari dalam dan dia betul-betul masuk dalam lagu itu.
“Saya tidak pernah menyesal menjadi anak seni dan perjalanan saya jauh dan mencabar.

“Sepanjang pembabitan dalam bidang seni, saya kenal banyak erti kehidupan. Saya juga sudah lakukan apa yang saya sepatutnya buat dulu. Saya menganggap diri masih lagi belajar dan saya juga tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Sekalipun tidak bikin album baru, Fauziah saya masih sibuk memenuhi undangan persembahan makan malam korporat.

“Lagu yang diminta penonton ialah lagu ‘evergreen’ Teratai Layu Di Tasik Madu. Lagu kegemaran saya pula ialah Aku Sebutir Pasir dan album Sahabat yang meninggalkan kesan pada saya.

“Saya juga mula berjinak-jinak menulis lirik lagu untuk kepuasan sendiri tapi belum ada keyakinan untuk beri pada artis lain lagi,” katanya yang dikenali menerusi lagu Kau Merubah Segalanya, Tiada Noktah Cinta, Gubahan Rindu Puisi Syahdu dan Enggan.

Ditanya sama ada dia hanya selesa kerja dengan Rosyam Nor saja, Fauziah mengakui menimba pengalaman yang sangat berharga dalam drama bersiri popular, Gelora Di Hati Sara.

“Rosyam dan pasukannya banyak membantu saya menjiwai watak Sara dengan baik.
Rosyam juga selalu menegur dan marah jika apa yang dia mahu itu tidak sampai.
Terus-terang, saya selesa dengan watak Sara itu. Selepas Gelora Di Hati Sara, saya tidak dapat buat drama baru kerana kesibukan dengan aktiviti lasak,” katanya.

Lebih memberangsangkan, Fauziah duta produk SK-II selama 11 tahun bekerjasama dengan Broadway Acres Sdn Bhd yang beroperasi

di Sunway, awal tahun lalu, untuk menggilap bakat muda dalam bidang seni.

“Setakat ini, kami sudah mendapat seorang artis dari program Idola Kecil iaitu Dayana Emelda dan Daniel Razak yang juga pemain dram yang berusia 12 tahun.

“Ini adalah lebih pada kerja belakang tabir, tapi masih dalam bidang hiburan. Saya juga menjadi instruktor pada mereka,” katanya.



PROFIL

NAMA SEBENAR: Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff
NAMA KOMERSIAL: Fauziah Latiff/Jee
TARIKH LAHIR: 5 Disember 1970
TEMPAT LAHIR: Air Tawar, Perak
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Jeffri Joaquim Indot, 13 dan Jeremy Jay Indot, 11
ALBUM: Di Gamit Memori, Kau Merubah Segalanya, Kini, Tiada Noktah Cinta, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, Epilog Memori Gelita, Apa Sebenarnya, Sahabat, Petikan Syahdu Fauziah Latiff Vol 1 & 2, Jee ‘98, Jee No 1’s, Yang Lebih Kau Cinta, Di Sebalik dan Pesona
TEATER: Teater muzikal, Rubiah

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Sumber : www.hmetro.com.my

Jee Tidak Kisah



SETELAH sekian lama tidak bertemu penyanyi Fauziah Latiff, 41, baru-baru ini S3 berpeluang berjumpa dengannya ketika menyertai rombongan Artis Pencinta Alam (APA) di Pulau Banding, Gerik, Perak.

Fauziah atau Jee yang memandu sendiri ke sana dengan ditemani pembantu peribadi, masih ramah seperti dahulu dan semasa tiga hari di sana, pelbagai cerita menarik dikongsi bersama.

Walaupun Jee disenarai sebagai artis kelas A, namun dia tidak pernah meletakkan dirinya sebegitu. Sebaliknya, populariti yang diraih sejak tahun 1980-an tidak pernah disalah guna.

Baginya, artis baru atau lama, semuanya sama dan disebabkan itulah Jee ramah dengan semua artis sepanjang program tersebut berlangsung.

Bercerita mengenai hutan, Jee berkata, dia sudah biasa masuk hutan kerana itu adalah sebahagian daripada aktivitinya, malah sebelum ini dia pernah pergi ke perkampungan Orang Asli.

Kata Jee, menyusuri hutan memberi ketenangan kerana banyak flora dan fauna yang boleh dikenali dan kehijauan sekitar menyejukkan pemandangannya.

“Kalau tak biasa masuk hutan, memanglah rasa letih tapi kalau dah selalu rasa seronok pula. Setakat pacat atau nyamuk itu biasalah. Kalau tak nak di‘serang’ oleh binatang itu, kita buatlah persiapan awal dengan menggunakan penghindar serangga.

“Kita nak masuk hutan kenalah buat cara masuk hutan. Tidak perlulah nak melaram sakan. Apa yang penting, pakaian kita sesuai dengan aktiviti agar tidak membebankan diri. Lagi satu kita kenalah jaga adab masuk hutan dan dengar kata ketua,” jelasnya.

Menurut Jee, selain menghayati keindahan alam semesta, dia juga gemar merakam khazanah alam menerusi lensa kameranya untuk ditatapi ketika waktu senggang.

Katanya, baik hutan atau lautan, masing-masing ada keistimewaan tersendiri yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“ Setiap kali melihat kebesaran-Nya, diri terasa insaf,” akuinya terus terang.

Jelasnya, bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar, Jee sering juga membawa anak-anak, Jeffry Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11, mengikuti kegiatannya.

Menurutnya, orang ramai perlu ada rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar kerana khazanah alam merupakan harta tidak ternilai yang bakal diwarisi oleh generasi akan datang.

“Sayang kalau kita tidak menjaga alam sekitar kerana inilah yang bakal diwarisi oleh anak-anak kita. Begitu juga dengan khazanah laut, seperti batu karang, kalau tidak dipelihara susah untuk kita jumpa lagi,” katanya yang merupakan duta Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral).

Sedia buat kebajikan

Ketika berada di perkampungan Orang Asli, Sungai Tiang, Pulau Banding, Jee tanpa rasa kekok, leka melayan kanak-kanak yang sedang belajar di i-Play Toy Library yang diperkenalkan oleh Yayasan Emkay untuk anak-anak Orang Asli menimba ilmu.

Jee yang pernah mengikut rombongan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestine tahun lalu berkata, kanak-kanak biar apa bangsa atau keturunan adalah zuriat yang perlu diberi perhatian.

“Tiap kali melihat kanak-kanak, hati mudah tersentuh mungkin kerana Jee ini seorang ibu. Cuba bayangkan kalau anak-anak kita pula yang berada di tempat mereka.

“Waktu Jee pergi ke Gaza, perasaan sedih tidak dapat dibendung kerana kanak-kanak di sana terpaksa hidup dalam serba kekurangan. Jadi pada yang ada anak, janganlah dipersiakan masa depan mereka,” katanya.

Justeru itulah, kata Jee jika ada mana-mana persatuan yang mengundangnya untuk turut serta dalam aktivti kebajikan, dia tidak menolak.

“Dalam hidupnya, kita perlu bertolak ansur dan berfikiran positif. Jangan bangga diri dengan apa yang ada kerana semua itu hanya pinjaman dan tak rugi kalau kita berkawan dengan ramai orang,” katanya jujur.

Soal jodoh

Bila ditanya tentang pasangan hidup, Jee yang sudah lama hidup menyendiri itu berkata, dia malas untuk memikirkan soal itu dan lebih senang menyerahkannya kepada takdir.

Katanya, walaupun tanpa suami disisi, hidupnya tetap ceria kerana sentiasa diselubungi dengan gelak tawa dua orang puteranya.

“Keutamaan sekarang adalah anak-anak kerana mereka adalah permata hati Jee. Malah Jee gembira dan bersyukur dengan apa yang Jee ada sekarang ini.

“Selain anak-anak yang semakin membesar, hidup Jee juga dikelilingi ramai rakan-rakan yang sehaluan, terutamanya mereka yang bergiat dalam aktiviti motosikal berkuasa tinggi dan menyelam,” katanya.

Lalu apabila S3 mengusik Jee, tiadakah mana-mana ahli persatuan tersebut yang cuba rapat dengannya? Dengan selamba, Jee menjawab, “ Kita dalam kumpulan begitu macam adik-beradik. Tak ada nak bercinta-cinta kerana hubungan sebagai kawan lebih seronok.”

Bagaimanapun, Jee tidak menolak jika takdir menemukannya jodoh dengan mana-mana ahli persatuan tersebut.

Jee yang mendapat pujian kerana lakonannya dalam drama bersiri Gelora Di Hati Sara berkata, buat masa ini dia berhenti berlakon.

“Ke mana sahaja Jee pergi mesti ada yang bertanya tidak berlakon lagi ke? Terima kasihlah kerana menyokong Jee tapi buat masa ini tidaklah.

“Kalau menyanyi, masih lagi. Kalau orang undang, Jee pergilah. Kalau tidak, Jee sibuk dengan aktiviti beginilah,” terangnya.

Mengenangkan Jee yang suka dengan aktiviti lasak, S3 pun bertanya, tidakkah dia ingin menyertai program Amazing Race seperti yang dilakukan oleh Ida Nerina dulu.

Kata duta produk kecantikan SK-II itu, dia memang ada impian untuk menyertai program itu bagi menguji ketahanan diri tapi apabila memikirkan ada aktiviti yang memerlukan para peserta menjamah ‘makanan’ luas biasa, terus niatnya terbantut.

Sumber :www.utusan.com.my

Sunday, January 2, 2011

Jee peminat motosikal besar



SETIAP artis memiliki hobi tersendiri untuk rileks dan beriadah. Bagi Fauziah Latiff atau lebih dikenali sebagai Jee, susuk fizikalnya yang langsing itu tidak pernah menghalangnya untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi yang menjadi hobinya sejak tiga tahun lalu.

Ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini, Jee, 40, akui sangat meminati dunia motosikal kerana ia memberinya peluang menjelajah ke banyak lokasi menarik bersama kawan-kawan.

Kata Jee, menunggang motosikal antara cara riadah terbaik bagi bersosial sambil menimba pengalaman mencari rakan baru yang berkongsi minat serupa.

“Aktiviti ini Jee buat setiap kali ada kelapangan terutama pada hujung minggu atau ketika tiada komitmen menjalani penggambaran.


“Setakat ini banyak tempat sudah Jee jelajah sama ada perjalanan balik hari atau bermalam di satu-satu tempat bersama kawan-kawan.


“Kami selalu mengadakan aktiviti riadah ini untuk bertanya khabar antara satu sama lain melalui aktiviti bermotosikal. Ada masanya kami pergi menjelajah Tasik Banding di Perak dan meronda jauh sehingga ke Johor dan beberapa negeri lain dengan ahli kelab motosikal.

“Ada masanya, kami bertolak selepas subuh ke destinasi tertentu sebelum pulang sebelah petang. Selain itu, kalau sempat kami turut melakukan kerja amal,” kata Jee yang memegang watak penting dalam drama Gelora Di Hati Sara.

Jee yang juga bekas juri pertandingan realiti TV, Malaysian Idol, kini menyertai Lady Bikers Malaysia (LBM) yang dianggotai sekumpulan penunggang motosikal wanita berjiwa kental.

LBM dianggotai 55 ahli aktif terdiri suri rumah tangga, ibu tunggal dan golongan pekerja profesional. Kelab mereka disertai pelbagai jenis jenama motosikal serendah 150cc hingga berkuasa tinggi 1,000cc.

Pada sesi foto untuk ruangan R&R ini, Jee meluangkan masa bersama lapan anggota kelab itu termasuk Naib Presiden, Alia Aishah serta penasihat kelab, Fatin Jaafar. Mereka beriadah sekitar Tasik Putrajaya dan Bangi, Selangor.

Selepas penat menunggang, mereka singgah berehat menjamu selera di Supremo Donuts & Coffee, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Antara jenama motosikal yang menyertai acara itu termasuklah Harley Davidson, Kawasaki, Ducati dan BMW.

Buat masa ini, penyanyi lagu Bukan Kemahuan Fikiran dan Batas Menanti ini memiliki dua motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Monster dan Harley Davidson.

“Motosikal menjadi minat utama Jee sejak zaman remaja lagi. Apapun, Jee tidaklah terlalu boros membelanjakan wang semata-mata bagi membeli pelbagai aksesori motosikal dan sut keselamatan.

“Jee ada empat topi keledar, beberapa jaket kulit, seluar dan but bagi kegunaan menunggang. Ingat, motosikal berkuasa tinggi bukan untuk memecut sesuka hati, sebaliknya kita juga perlu ikut undang-undang, namun ‘enjoy’ menikmati keindahan alam.


“Jee akui masih lagi belajar aspek teknikal menyelenggara motosikal melalui perkongsian ilmu sesama ahli,” katanya.

Kata Jee yang juga ibu kepada dua anak lelaki, Jeffri Joaqium, 12, dan Jeremy Jay Johan, 10, antara pelumba motosikal diminatinya adalah Fabrizio Pirovano, Troy Bayliss, Casey Stoner dan Nicky Hayden.

Sumber : Harian Metro