Monday, March 9, 2009

Atilia - Nafas Baru Untuk Peminat

Untuk peminat Atilia, beliau baru sahaja selesai proses rakaman album terbarunya yang akan dipasarkan tidak lama lagi. Banyak sentuhan istimewa di mana album ini dikatakan mempunyai auranya yang tersendiri kerana ia diproses dengan penuh teliti. Banyak pembaharuan menjadikan album ini antara terbaik daripada daripada Atilia untuk memberi nafas baru kepada peminatnya.
Difahamkan, di dalam album ini turut dimuatkan dengan lagu kolaborasi Atilia bersama ibunya, Salamiah Hassan. Pasti ramai yang menunggu lagu tersebut kerana ia menyatukan ibu dan anak di dalam dua era berbeza. Istimewanya, Atilia juga beradu suara bersama Kumpulan Indie terkenal Hujan dalam sebuah lagu yang dimuatkan di dalam album terbaru beliau.
Strategi Atilia juga berduet dengan artis Indonesia juga antara strategi Atilia menembusi pasaran di negara seberang. Ingin tahu siapa artis Indonesia yang diperkatakan, peminat perlu memiliki album original Atilia.
Untuk peminat muzik Malaysia, janganlah kita hanya memuat turun lagu kegemaran artis kesayangan kita secara percuma. Belilah CD/kaset yang original. Jangan sesekali mengaku peminat artis tersebut jika kita tidak pernah menyokong beliau dengan membeli album. Jadilah peminat yang sejati!!!