Wednesday, September 7, 2011

Skim Piramid

Akta Jualan Langsung 1993 (AJL) telahpun dipinda selaras dengan perkembangan industri jualan langsung di Malaysia. Berkuatkuasa 1 Mac 2011, AJL kini dengan nama baru iaitu Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti Piramid 1993 (AJLSAP) yang meminda beberapa definasi jualan langsung itu sendiri.

Jika dahulu, segala aktiviti jualan langsung berbentuk elektronik tidak perlu memohon lesen tetapi kini tidak lagi. Selagi terdapat undur membina rangkaian dan penjual langsung (distributor) menerima komisen atau faedah ekonomi lain maka syarikat terlibat perlu memohon lesen daripada KPDNKK.

AJLSAP ini juga menggariskan beberapa perkara bagi membendung Skim Piramid / Skim Cepat Kaya. Menggariskan 10 ciri utama skim piramid di dalam Jadual IV dilihat mampu memutihkan aktiviti negatif syarikat berlesen atau tidak berlesen yang menjalankan skim bagi tujuan menipu atau mendapat keuntungan berlebihan dan mengananiaya pengguna. Berikut adalah ringkasan 10 Ciri Skim Piramid yang perlu diberi perhatian. Awas dan berwaspadalah bagi syarikat yang menjalankan salah satu atau kesemua ciri yang disebut di bawah:

1.Promosi semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.

2. Bonus dibayar semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.

3. Kontrak bertulis tidak disediakan.

4. Pembelian wajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau permulaan pembayaran bonus.

5. Dikehendaki membeli barang-barang dalam amaun yang tidak munasabah. Tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi didesak membeli pakej untuk mendapat bonus.

6. Dasar bayar balik barang-barang tidak disediakan.

7. Dasar beli balik tidak dibenarkan atau disediakan.

8. Kehendak struktur yang ketat bagi kelayakan untuk dibayar bonus.

9. Pengunduran diri tidak dibenarkan.

10. Dibenarkan atau digalakkan membeli lebih daripada satu kedudukan.

Untuk makluman 10 ciri ini mungkin boleh dipinda berdasarkan transformasi skim piramid itu sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Bagus if perkara ini disebarkan.