Saturday, September 24, 2011

Fauziah Latiff Setia Bersama SK II


Teks Oleh: zyzamani

KUALA LUMPUR, 22 SEPT 2011: Bukanya mudah bagi seseorang artis untuk bertahan dan bergelar duta produk kecantikan melebihi 10 tahun. Namun perkara tersebut dapat dikecapi oleh penyanyi jelita Fauziah Latiff.

Bergelar duta Malaysia bagi produk kecantikkan antarabangsa, SK II selama 13 tahun, Fauziah Latiff bersyukur dengan apa yang dilaluinya.

Mengakui turut menerima tawaran untuk menjadi duta produk kecantikkan yang lain, bagi Fauziah Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Gee, nyata lebih selesa untuk terus setia bersama jenama unggul itu.

"Memang sepanjang tempoh itu saya ada menerima tawaran daripada produk lain tapi saya selesa bersama SK II. Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh mereka.

"Antara sebab utama saya dan mereka dapat bertahan bersama kerana mereka dapat memberi apa yang saya mahukan. Pada masa yang sama saya juga dapat memenuhi permintaan mereka, " katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baru SK II, di Mid Valley Megamall, baru-baru ini.

Berkongsi petua kecantikkan yang dimilikinya sambil tersenyum manis, kata Gee tiada petua khusus yang diamalkannya. Kata pelantun lagu popular Teratai Layu Di Tasik Madu itu, dia hanya memakai solekan apabila diperlukan.

"Saya tak amalkan petua kecantikkan pun. Cuma hanya bersolek apabila perlu dan kalau tak saya lebih senang keluar rumah tanpa solekan. Memang itu yang saya selalu saya praktikkan dan saya selesa sebegitu," jelasnya lagi.

Mengulas mengenai sambutan rayanya kata wanita kelahiran Air Tawar, Perak ini, dia amat gembira dapat menyambut lebaran bersama ibu dan anak-anaknya di kampung halaman, Johor.

"Alhamdulillah saya menyambut raya bersama mak dan anak-anak di kampung selama seminggu. Raya kali ini anak-anak bersama saya dan sepanjang di sana kami dapat meluangkan masa beraya dan melawat sanak saudara," katanya.

Sumber : murai.com.my

2 comments:

Ticer Syah said...

kita pon gemar SKII.. hehee.. beli yg wajib aje.. nak beli the whole set.. leh tinggal toktam la akak.. kakakak

Azlan Ali said...

saya juga pengguna SKII