Ucapan terima kasih... banyak yang difikirkan dalam kepala... aku tak lokek dengan ucapan ni sebelum ni.. cuma akhir -akhir ini ia jarang keluar dari mulut aku... aku tak tau kenapa coz maybe aku skrg sedikit ragu dengan terma 'keikhlasan'...
Ucapan terima kasih yang pertama semestinya ditujukan kepada Pencipta yang Maha Sempurna... ini kerana telah banyak rahmat yang dicurahkan ke atas diriku.. kadang ucapan selepas menerima sesuatu.. aku sedar sebagai hamba aku banyak lupa kepada-Nya.. mengingati hanya di masa susah... ini kekhilafan yang tak dapat aku huraikan,,, tapi terima kasih Ya Allah.. kerana Kau masih menyanyangi dan merahmati diriku untuk menjadi khalifahmu yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai muslim... terlalu bersyukur aku kerana manjadi hamba-Mu.. terima kasih Ya Allah...
Seterusnya aku pergi kepada ibu bapaku... walau mereka telah kembali ke rahmatullah... aku percaya setiap apa yang terjadi pada diriku adalah atas doa mereka di sana... kejayaan yang dicapai hari ini kadang tiada makna bagi diriku kerana ini adalah satu-satunya cara aku membuat mereka bahagia... apapun cuma doa yang dapat kukirimkan atas ucapan terima kasihku kepada mereka... sesungguhnya aku beitu rindu pada mereka... ingin kuluahkan segalanya yang ada dalam hati ini... cemburu... cemburu mmg sentiasa dalam diri melihat orang lain berkongsi suka duka bersama orang tua.. tapi apakan daya.. takdir sudah tertulis... cuma kadang aku terfikir bagi anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa di depan mata.. tetapi tidak tahu menghargai ibu bapa mereka... apa-apapun.. terima kasih ayah ibu...
Kepada keluarga... ucapan terima kasih kerana membiarkan aku disini seorang berjuang untuk mencari apa itu kehidupan.. sejak kehingan mak ayah... semuanya aku buat sediri.. keputusan sendiri dan macam2 lagi.. kadang jatuh di persimpangan... orang lain yang menegur... sebagai adik bongsu terlalu banyak aku inginkan.. tapi kalian buat aku menjadi dewasa sebelum masanya...terima kasih kerana buat aku kuat dan tabah dengan apa-apa dugaan deoan manta... pernah kalian bayangkan.. aku tidak pernah meminta pertolongan dari kalian, tapi kalian yang memintanya... susah senang aku tanggung sendiri... walau ada yang cuba memahami... aku tau kalian tetap tidak mampu memberikan apa yang aku inginkan... kasih sayang.... terima kasih...
Kepada sahabat, teman2 dan semua kenalan... terima kasih atas sokongan... Kak Faizah, Kak Adah, Abang Yasser, Ashraf, Maz.. n semua la yang mengenali... terima kasih atas apa-apa bantuan... sesungguhnya kalian yang aku menjadi kuat hari ini... nasihat, teguran semua aku ambil untuk kemajuan diri aku sendiri.. aku sayangkan korang.... tak dapat aku nilaikan nilai perkenalan kita ini... terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka... terima kasih...
akhir sekali aku ucapkan terima kasih ini kepada orang-orang yang kurang menyenangi dengan kehadiran saya di dalam hidup mereka... cuba menjatuhkan saya dan membuat air mata ini jatuh... terima kasih... sesungguhnya aku tidak sempurna untuk memuaskan hati-hati kalian... aku juga manusia biasa.. tak lepas dari membuat perkara-perkara yang buat kalian tak suka... bak kata pepatah.. kalain belum mengenali diri aku sebenarnya.. kalau dah kenal.. mesti kalian rugi kerana membenci aku.. hehe.. terima kasih yerk... sekurang2nya aku tau.. aku tak lah perfect...
So ucapan terima kasih ni banyak bende leh kita gunakan.. terlalu luas... jadi aper2... gunakan ia di mana saja... tapi ucapkanlah dengan penuh keihklasan.. sebab bila kita ikhlas... hati pon senang n tenang jer...
No comments:
Post a Comment