Wednesday, April 30, 2008

Tamat Perjuangan Sebagai Mahasiswa

Hari ni.. lepas exam global marketing tadi.. iaitu tepat jam 130pm... maka tamatlah perjuangan aku sbg seorang mahasiswa UM krn tamat kini 3 tahun pengajian aku... skrg pikir pasal masa depan pulak... tanggungjawab dan impian jadi keutamaan kini... kepada yang bnyk membantu... terima kasih atas pertolongan kalian.. keluarga, rakan2, teman seperjuangan.. kenangan bersama rakan2 akan aku ingat.. sbb planning aku akan balik JB dalam bulan 5 nie... ingat la aku eak.. Kak faizah.. thanks sangat2 banyak tolong saya... akak buat saya semangat untuk teruskan perjalanan saya.. semangat n ketabahan akak jadik motivasi saya untuk capai aper yang saya nak... Kak Ada.. walau kita jarang berbual.. Kak Ada memang baik.. jaga kedai baik2... Abang Yaser.. jasa mu saya ingat... ingat say.a tau. kawan terbaik saya kat UM.. Mazlina... ko mmg kawan aku yang baik walau kadang2 kita gaduh.. ala. gaduh2 sayang tu.. ingat aku kalau nak kawen nanti.... Atul.. comel.. teruskan usaha.. yang lain.. apex, emy, eina, mysilah, fit, rad, faizul.. ingat aku sampai bila2 sebab aku akan ingat korang sepanjang idup aku... Lim Boon Seng.. you memang kawan yang ikhlas... saya kagum dengan semangat you... keep it up k... pada coursemate rahim, jan, freddy, amir, nadiah, kak ani, piah, ida... n semualah... walau tak rapat or rapat... korang tetap da masuk diari idup aku.. doakan perjalanan aku agar berjaya... aku doakan korang gak... ok... pada saper yang tak sebut.. maaf.. ramai sangat saya kenal... so teruskan usaha korang.... minta maaf atas segala kesalahan dan kesilapan.. halalkan aper yang terambik dan sengaja amik.. huahuahua.. kadang2 kesilapan tak nampak... salam...

Sunday, April 27, 2008

SAIDA - Baru Masuk Gear Dua!!!


SESUATU yang biasa terlihat dek mata, sejak beberapa tahun lalu, kelibat seorang wanita berkaca mata dan berbandana merah diikat di kepala.

Air mukanya persis penyanyi terkenal negara, namun wanita ini lebih bersahaja dan ringkas pemakaiannya.

Yang sudah mengenalinya, tahu dia hadir di satu-satu acara untuk membantu menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan adiknya, penyanyi yang punya standard tersendiri.

Namun kini, segalanya sudah bertukar rentak. Wanita yang dimaksudkan bukan lagi anggota yang sibuk di belakang pentas. Dia sudah ada acara dan agenda.

Saida, daripada niat hati hanya menemani adiknya Saerah mencuba nasib di pentas Akademi Fantasia, akhirnya dia yang terjebak.

Lupakan seketika kisah seorang kakak yang berasa bersalah tatkala dirinya lebih bertuah atau kisah seorang pelajar yang perlu menelaah lirik serta melodi baru setiap minggu.

Ini sebuah kisah seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anaknya seketika demi meneruskan apa yang sudah dilangkahi. Siti Norsaida Tarudin, ibu kepada Siti Nurunnyssa, 11, Anas, 9, Khalid, 5, dan si kecil Siti Nurul Mashitah, 2, menitiskan air mata pada Ahad lalu selepas lama tidak memeluk kemas anak-anaknya.

Seharian di pagi minggu yang segar, anak-beranak ini berjalan berkumpul sebagai keluarga yang sempurna.

"Air mata mengalir tatkala memeluk anak-anak saya. Tapi mereka cool sahaja. Tidak menangis macam saya. Tapi daripada gerak geri mereka yang enggan melepaskan saya, saya tahu mereka sangat rindukan ibu mereka.

"Ternyata mereka gembira memeluk dan bersembang-sembang dengan saya. Kami bersiar-siar bersama di sekitar Kuala Lumpur," ujarnya yang gembira mengutip kembali waktu untuk hari-hari yang tertinggal.

Ibu yang pemalu

Ibu yang satu ini memang sudah terlekat dengan sifat pemalu dan pendiam. Dan menyingsing sebentar hal seorang Saida yang sebenar, sempat saya bertanyakan si suami yang hadir sewaktu pertemuan kami sehari selepas Saida meninggalkan kediaman AF 19 April lalu.

"Berapa peratus agaknya sifat pemalu Saida dapat diatasinya?"

Jawab si suami dalam nada tawa: "Kalau nak ikutkan baru masuk gear satu dan dua," sambil diiyakan oleh Saida yang kadangkala bercanda dengan suami.

"Anak-anak setuju ibu mereka menjadi seorang penyanyi. Pada awalnya sahaja, anak kami yang ketiga tidak begitu merestui kepergian ibunya. Namun akhirnya dia sendiri yang seronok melihat ibu di kaca TV dan di pentas konsert AF.

"Mereka sedikit pun tidak merungut," ujar Mohd Ghazali Yahya, si suami sambil bercerita tentang anak-anak mereka yang sempat demam kerana rindukan ibu dan kemudian diikuti pula oleh Saida.

Saida tersenyum riang bercerita tentang aktiviti bersama anak-anaknya sewaktu dahulu. "Banyak masa saya habiskan dengan bekerja sebagai pengurus kewangan di Siti Nurhaliza Productions.


"Untuk hari-hari tidak bekerja, saya dan anak-anak suka naik basikal. Ia adalah acara famili. Kalau cuti, kami gemar menonton wayang atau ke rumah Siti (Nurhaliza)," ujar Saida.

Melihatkan si suami yang lengkap berpakaian jenama Harley Davidson dan Saida turut membawa satu persalinan baju daripada jenama yang sama, saya bertanyakan kalau-kalau dia turut menjelajah mengikut suami menaiki motor besar itu.

"Pernah sampai ke Port Dickson je. Lepas tu dah tak sanggup sebab rasa sakit-sakit kaki," gelaknya sambil bercerita yang mereka gemar keluar pada malam minggu.

Dan menambah sedikit fakta sifat keibuannya, Saida mengaku bahawa dia ialah seorang ibu yang sukar untuk memarahi anak-anak.

"Saya ni lebih ikut kata-kata anak. Paling susah untuk saya memarahi atau menaikkan suara kepada mereka. Saya banyak mengalah," ujarnya ramah.

Tagline 'OK lah tu!'

Secara harfiahnya, tidak dapat ditolak kebenaran bahawa tugasan Saida sedikit berat daripada pelajar AF yang lain. Realitinya wanita berusia 32 tahun ini membawa dua tanggungjawab besar, iaitu sebagai pelajar AF musim keenam dan kakak kepada Siti Nurhaliza.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saida sedar apa yang perlu digalas dan dipertontonkannya. Namun dia lega apabila ada yang memberi komentar bahawa nyanyiannya berbeza dengan si adik yang sudah 12 tahun berpengalaman.

"Lain kan? Tak sama. Saya resah bila ada yang mahu menyamakan. Tapi itu pendapat individu," ujarnya yang tahu banyak mata memandangnya sebagai kakak Siti lebih daripada seorang Siti Norsaida.

Saida terkeluar daripada AF pada konsert kelimanya minggu lalu.

Saida tidak menolak kiranya takdir daripada percubaan yang suka-suka akhirnya nanti menjadi satu karier.

"Saya sudah memikirkan hal ini sebelum melangkah masuk ke AF. Selepas terkeluar, saya nekad untuk menimba lebih banyak pengetahuan dalam bidang nyanyian.

"Saya perlukan latihan yang banyak untuk menghilangkan rasa gabra saya. Yang penting adalah doa restu suami saya."

Menceritakan bahawa dia senantiasa teringatkan pesanan Siti Nurhaliza yang mahu dia melawan rasa malunya dan mengeluarkan apa yang ada dalam diri, Saida mengaku dia seakan-akan terkena badi pentas.

Dia juga mengakui hilang fokus, kelam-kabut dan tidak dapat mengawal diri.

"Itu emosi yang saya lalui sepanjang berada di atas pentas itu dan saya yakin ia badi pentas," ujarnya ketawa.

"Tetapi kini saya dapat merasa kelainan sebaik sahaja keluar daripada AF. Keadaan di dalam sana dan di luar berbeza. Saya sedang sibuk mengikut aktiviti yang disusun oleh pihak Maestro.

"Dan saya sudah berasa impak akan tagline yang saya gunakan. Ke mana-mana sahaja orang mengenali saya sebagai Saida dan mereka menjeritkan 'OK lah tu' dengan gaya-gaya sekali.

"Itu yang paling membuat saya terharu," ujarnya memberitahu bahawa ramai peminat yang mendekati dan memberikan kata-kata sokongan buatnya.

Namun Saida sedar perjalanan kerjaya seninya masih jauh. Seperti yang dia sendiri akui, baru masuk gear dua!

Sumber : Kosmo Ahad - 27 April 2008

Thursday, April 10, 2008

Akademi Fantasia 6 : Bakat vs Kontroversi!!!

AF6 kini sudah hampir ke Minggu yang ke 4. Para pelajar telah diberikan untuk dilaksanakan. Pada perkiraan saya pelajar yang mampu ke pentas akhir adalah Stacy, Nadia, Saida, Rina, Stanley dan Nubhan. Ini kerana bakat yang ada dalam diri mereka lebih baik kerana mereka juga memiliki personaliti yang dapat diterima semua.

Ramai yang sukakan Riz, tetapi dengan sikap sombong dan tidak mahu mendengar nasihat justeru sikap besar kepalanya akan memakan dirinya sendiri walau dia dilihat mampu pergi jauh. Artis seperti ini hanya menatuhkan maruah sendiri dengan kontroversi murahan yang amat dibenci masyarakat Malaysia.

Saya bukan menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi ini hanya pendapat saya. Toi ada bakat cuma pakej tidak meletakkannya di tahap yang betul. Aliff, Faisal, Lufya, Naim, dan Ika hanya mengisi ruang kosong bagi AF6 kali ini. Mereka hanya pencukup kuota bagi membolehkan peserta lain untuk mendapat tempat. Dengan persembahan yang biasa dan tiada X-factor, mereka tidak memberi saingan kepada 6 peserta yang saya rasakan layak untuk ke Final.

Berikut pilihan peserta saya jika saya diberi hak menjadi juri.
1. Stacy
2. Nubhan
3. Saida
4. Nadia
5. Rina
6. Stanley

Jee lebih senang menyepi

Oleh: ROSLI MANAH Foto: SHAHRIL AZMAN ZAIN

Jarang sungguh Fauziah Latiff muncul di khalayak ramai. Jarang juga tonton kelibat Fauziah atau Jee di kaca TV. Dulu dia jadi pengkritik program Akademi Fantasia 5. Saban minggulah bertemu peminat. Kini Jee lebih banyak masa di rumah.

"Sekarang Jee mahu berehat dulu... habiskan banyak masa bersama anak-anak di rumah. Macam orang-orang biasa yang habiskan masa di rumah," kata Jee.

Dia rasa seronok dengan rutin itu. Lebih aman dan dapat mengelak daripada stres. Namun bukanlah bererti Jee terus menyepi. Ada juga undangan mengadakan persembahan khususnya yang berkonsep jamuan makan malam.

Jee bersama tauke Rafflesia Winnie Sim, Aleeza dan Noryn.

Jee juga terlibat dalam persembahan Minggu Setiausaha anjuran Rafflesia The Pearl Centre pada 16 April ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Jee bersama barisan artis lain temasuk Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Erra fazira, Ziana Zain, Ning Baizura, Liza Hanim, Azharina dan Harith Iskander akan menghiburkan tetamu dalam persembahan makan tengah hari itu.

Turut muncul model terkenal Nasha Aziz, Aleeza Kassim, Fadzlun Abas, Amber Chia dan Deborah Henry yang akan memperaga fesyen rekaan pereka muda yang berpotensi besar dalam industri fesyen Malaysia iaitu Rizman Ruzaini, Azura, Khairy Sufi, Daniel Chong, Zery Zamry, Hatta Dolmat, Razman, Faizel Azraf, Nazreen Idris, Hazwani, Irwan Arsbo dan Anizam Yusuf serta pereka terkenal Bill Keith.Tempahan boleh dibuat melalui talian 03-21419988 sambungan 3667.

Jee juga masih ada hasrat untuk menghasillkan lagu baru. Dia tidak terburu-buru kerana tiada apa yang mahu dikejarnya. Bila jumpa lagu yang sesuai dia akan merakamkannya.

Jee juga tidak nampak kehadiran banyak penyanyi baru sebagai satu petanda kejatuhan penyanyi yang sudah lama. Sebaliknya dia sentiasa memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang berbakat dan diterima oleh peminat.


Sumber : Mangga Online

Jee: "Kami hanya kawan"


Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

SELEPAS setahun berpisah dengan suami, Johan Indot, penyanyi cantik Fauziah Latiff atau lebih dikenali dengan nama Jee kini semakin serasi dengan kehidupan solonya.

Hasil perkahwinannya dengan bekas suami, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki yang berusia tujuh dan sembilan tahun.

Meskipun sibuk dengan aktiviti masing-masing, Jee tetap meluangkan masa dengan anak-anaknya yang semakin membesar itu dengan berlibur bersama apabila cuti hujung minggu atau musim cuti sekolah secara bergilir-gilir.

Bertanya kepada perkembangan lain penyanyi yang bakal menginjak usia 38 tahun menjelang bulan Disember depan, Jee dalam proses merakamkan album baru yang dijangka akan menembusi pasaran dalam tahun ini.

"Setakat ini, baru lima peratus lagu yang siap dirakam tetapi masih belum confirm lagi. Saya tak nak terlalu tergopoh-gapah untuk menyiapkan album baru ini.

"Apabila mendapat lagu, saya perlu membuat pilihan dengan teliti. Oleh itu, saya ingat mahu keluarkan album single dahulu sebelum album penuh dikeluarkan.

"Saya berharap sangat album penuh itu dapat dikeluarkan dalam tahun ini. Saya sentiasa memikirkan tentangnya tetapi bukan mudah untuk membikin album itu dengan kadar segera," ujar Jee yang bakal menyarungkan busana berwarna putih dan hitam rekaan Hatta Dolmat pada majlis Makan Tengahari Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 16 April depan.

Dalam majlis yang turut dijayakan oleh tujuh orang penyanyi lain seperti Jaclyn Victor, Erra Fazira, Ning Baizura, Liza Hanim, Azharina Azhar, Ziana Zain dan Noryn Aziz itu, beliau akan menyanyikan sebuah lagu iaitu Resah yang dimuatkan dalam album lamanya.


Aleeza Kassim dan Noryn Aziz turut menjayakan Minggu Setiausaha Rafflesia pada 16 April ini

"Saya akan pakai seluar dan kemeja rekaan Hatta Dolmat semasa menyanyikan lagu tersebut bersama dua orang penari. Rekaan Hatta memang cantik dan saya sangat sukakannya.

"Memanglah sekejap sahaja saya menyanyi tetapi nak buat macamana sebab kita ada ramai penyanyi lain yang bakal menjayakan persembahan pada hari itu nanti.

"Persembahan saya dalam majlis itu hanya sekadar persembahan dan tiada istilah membuat 'comeback'. Saya hanya ingin menjadi diri-sendiri.

Kata Jee yang baru pertama kali menjayakan Minggu Setiausaha ini, beliau amat teruja untuk menjayakan program sebegini disamping menghargai pereka fesyen tempatan yang semakin mendapat tempat di dalam industri fesyen sekarang.

Berbalik kepada kisah kehidupan Jee sekarang, "Alhamdulillah, saya masih 'the old' Jee. Tidak terlalu banyak aktiviti yang saya lakukan buat masa ini. Jika saya tidak sibuk dengan pembikinan album, saya akan menjalan aktiviti lasak seperti menyelam. Sudah enam tahun saya melakukan aktiviti ini.

"Minggu lepas saya menyelam di Pulau Tioman, Pahang. Saya ke sana bersama rakan-rakan baik. Memang seronok melakukan aktiviti tersebut beramai-ramai.

"Di sana kami tak kisah tinggal di mana-mana pun, khemah pun boleh sebab ianya lebih seronok.

"Tentang kos perbelanjaan untuk aktiviti menyelam ini pula, saya akan berbelanja mengikut tempat tersebut dan sebab tertentu."

"Tiada masalah kalau kami keluar beramai-ramai"-Jee

Baru-baru ini, pemilik nama Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff ini bangkit dikaitkan mempunyai hubungan intim dengan pelakon kacak Hans Isaac.

Namun telahan tersebut dinafikan oleh Jee apabila beliau mengatakan Hans hanya kawannya dan hubungan mereka tidak sampai membuahkan rasa cinta antara satu sama lain.

"Kalau tak silap saya, Hans sudah membuat kenyataan yang kami tidak bercinta dan setakat kawan sahaja. Sebagai kawannya, saya ingin bercakap perkara yang sama iaitu kami hanya kawan.

"Saya mempunyai ramai kawan dan Hans merupakan salah seorang kawan saya. Hubungan kami tidaklah terlalu rapat tetapi kadangkala kami akan berjumpa dan keluar secara beramai-ramai. Saya fahami dan hormatinya sebagai kawan.

"Rasanya tiada masalah kalau kami keluar beramai-ramai. Ianya perkara normal dan tidak perlu dijadikan isu yang besar. Tidak menjadi kesalahan juga kalau saya nak keluar dengan sesiapa pun.

"Saya dah lama kenal dia. Keluarga saya juga mengenalinya. Jadi apabila kami keluar bersama, mungkin orang lain akan anggap yang bukan-bukan walaupun mereka tak tahu apa-apa pun.

"Apabila mendengar hal ini, saya tak nak melenting tetapi harap benda ni tidak diperbesarkan lagi.

"Saya sudah dewasa dan bukannya budak-budak lagi. Masing-masing sudah pandai menjaga diri-sendiri. Saya juga ibu kepada dua orang anak.

"Jadi apabila orang bercakap tentang hal ini, saya jadi fobia dan takut untuk keluar. Saya mempunyai kehidupan sendiri dan biarlah apa yang saya nak buat," akhiri Jee.

Untuk menyaksikan persembahan Jee dalam majlis Makan Tengahari Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 16 April ini, tiket berharga RM650 untuk seorang boleh dibeli melalui talian 03-21419988 sambungan 3667.


Sumber : mSTAR Online

Jee Bahagia Solo

Fauziah Latiff atau lebih dikenali sebagai Jee, selesa dengan kehidupannya sekarang. Jika sebelum ini beliau memang terkenal dengan pelbagai aktiviti lasak, kini aktiviti-aktiviti seperti snorkeling dan kickboxing menjadikan hidupnya lebih positif tanpa memerlukan dia memikirkan segala peristiwa yang sudah berlalu. Beliau yang cukup menyayangi alam sekitar, kini menjadi seorang aktivis dalam membantu kegiatan memelihara dan memulihara batu karang, selain dari menjadi jurucakap kepada produk kecantikan terkenal SK II. Jika tidak mempunyai aktiviti, dia suka menghabiskan masa di rumah.

Dalam pada beliau sibuk dengan pelbagai aktiviti, tahun ini Jee dijangkakan akan menghasilkan album terbarunya setelah sekian lama menyepikan diri. Beliau yang pernah mendendangkan lagu ciptaan komposer tersohor, Jim Brickman, berharap agar ada komposer-komposer yang sudi menyumbangkan material bagi album terbarunya itu. Jee juga berharap dia akan menyampaikan lagu berentak seperti ‘Teratai Layu Di Tasik Madu’ atau ‘Enggan’, yang cukup diminati dan menjadi kesukaan pendengar suatu ketika dahulu.


Beliau yang pernah menjadi juri bagi rancangan pencarian bakat, ‘Malaysia Idol’, merasakan bakat-bakat baru tanahir cukup bertuah kerana mempunyai rancangan seperti itu yang berupaya mendidik dan membentuk mereka bagi melibatkan diri dalam bidang seni suara. Bila ditanya, jika bakat baru yang muncul seperti cendawan lepas hujan, Jee menjawab, “Itu adalah satu persaingan yang cukup sihat.”

“Jee rasakan adalah menjadi satu tanggungawab kepada artis yang lebih senior untuk mendidik dan membentuk artis baru. Jika artis senior melihat artis baru sebagai pesaing dari sudut negatif, maka ianya akan merosakkan industri ini sendiri.

“Sewaktu awal kemunculan Jee dulu, Jee pun tidak mengetahui tentang teknik pernafasan, penyampaian lagu dan sebagainya. Namun, berkat tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman, segala hasil usaha Jee berbaloi kerana peminat menerima Jee sehingga sekarang.”

Jee memaklumkan yang album terbarunya akan dibiayainya sendiri. Bila ditanya mengenai fenomena sebilangan artis yang membuat album menggunakan duit sendiri, bagi Jee ia satu perkembangan yang cukup positif.

“Jika sebelum ini, artis menyerah segala-galanya kepada pihak syarikat rakaman dari rakaman, pemilihan kulit album dan pemasaran, dengan melibatkan diri 100 peratus dalam pembuatan album, artis akan menyedari prosedur dan perkara yang terlibat. Bagi Jee, inilah 'keindahan' jika menghasilkan produk sendiri.”


Di sebalik kisah album terbarunya, ada juga khabar angin mengatakan bahawa Jee sedang berpacaran dengan seorang pengarah filem kacak yang baru menghasilkan filem pertamanya iaitu sutradara Hans Isaac. Namun bagi Jee, secara jujurnya dia dan Hans memang telah berkawan baik semenjak sekian lama. Mungkin ada mereka yang salah faham apabila terserempak dia dan Hans keluar minum bersama atau berbincang mengenai industri hiburan. Bagi Jee, Hans merupakan seorang kawan dan pendengar yang cukup baik.

Jee akan mengadakan persembahan pada majlis minggu setiausaha yang dianjurkan oleh Rafflesia Pearl Center dan Hotel Istana. Dia dijangka menyampaikan sebuah lagu yang pernah popular suatu masa dahulu dengan diberikan sentuhan baru. Untuk busana yang akan diperagakan pada majlis itu nanti, Jee dengan kolabrasi bersama pereka fesyen muda terkenal tanahair, Hatta Dolmat, akan memperagakan rekaan baju ala Audrey Hepburn berpandukan tema warna hitam dan putih. Bagi mereka yang merindui kelincahan gerak tari dan suara gemersik Fauziah Latiff, jangan lupa saksikannya pada Majlis Minggu Setiausaha Rafflesia pada 16 April nanti.

Sumber : Gua.com.my

Study Week UM bermula... Langkah Akhir Seorang Mahasiswa

huh... lagi 3 minggu lagi maka tamatlah title aku sebagai seorang mahasiswa...
sedih2 la jugak... yer la
setelah 6 tahun bergelar siswa.. akhirnya gelaran tu kena dilepaskan... jangan tanya kenapa 6 tahun (3tahun diploma+3 tahun ijazah)... penat da bukak buku nie.. tapi niat utk sambung tu ader... walau macam mana pun.. aku kena melangkah dulu ke dalam dunia kerjaya.. huahuahua... sambung Master nanti aku plan nk wat part time jer... k la.. aper2 doakan aku untuk exam yang akan tiber nanti... amin...