Thursday, April 10, 2008

Jee lebih senang menyepi

Oleh: ROSLI MANAH Foto: SHAHRIL AZMAN ZAIN

Jarang sungguh Fauziah Latiff muncul di khalayak ramai. Jarang juga tonton kelibat Fauziah atau Jee di kaca TV. Dulu dia jadi pengkritik program Akademi Fantasia 5. Saban minggulah bertemu peminat. Kini Jee lebih banyak masa di rumah.

"Sekarang Jee mahu berehat dulu... habiskan banyak masa bersama anak-anak di rumah. Macam orang-orang biasa yang habiskan masa di rumah," kata Jee.

Dia rasa seronok dengan rutin itu. Lebih aman dan dapat mengelak daripada stres. Namun bukanlah bererti Jee terus menyepi. Ada juga undangan mengadakan persembahan khususnya yang berkonsep jamuan makan malam.

Jee bersama tauke Rafflesia Winnie Sim, Aleeza dan Noryn.

Jee juga terlibat dalam persembahan Minggu Setiausaha anjuran Rafflesia The Pearl Centre pada 16 April ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Jee bersama barisan artis lain temasuk Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Erra fazira, Ziana Zain, Ning Baizura, Liza Hanim, Azharina dan Harith Iskander akan menghiburkan tetamu dalam persembahan makan tengah hari itu.

Turut muncul model terkenal Nasha Aziz, Aleeza Kassim, Fadzlun Abas, Amber Chia dan Deborah Henry yang akan memperaga fesyen rekaan pereka muda yang berpotensi besar dalam industri fesyen Malaysia iaitu Rizman Ruzaini, Azura, Khairy Sufi, Daniel Chong, Zery Zamry, Hatta Dolmat, Razman, Faizel Azraf, Nazreen Idris, Hazwani, Irwan Arsbo dan Anizam Yusuf serta pereka terkenal Bill Keith.Tempahan boleh dibuat melalui talian 03-21419988 sambungan 3667.

Jee juga masih ada hasrat untuk menghasillkan lagu baru. Dia tidak terburu-buru kerana tiada apa yang mahu dikejarnya. Bila jumpa lagu yang sesuai dia akan merakamkannya.

Jee juga tidak nampak kehadiran banyak penyanyi baru sebagai satu petanda kejatuhan penyanyi yang sudah lama. Sebaliknya dia sentiasa memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang berbakat dan diterima oleh peminat.


Sumber : Mangga Online

No comments: