Kepada peminat AF6, malam Sabtu (24/05/08) merupakan tirai akhir AF6 berlangsung. Penantian untuk mencari seorang Juara terjawab apabila pelajar dari Sabah iaitu Stacy membuktikan kebolehannya menyanyi dengan baik dengan personaliti yang menyerlah menutup tirai AF6 dengan persembahan yang amat mengagumkan. Dengan lagu Atas Nama Cinta dan Aku Stacy, beliau mampu menenggelamkan persembahan pelajar lain pada malam itu. Pengorbanannya yang tidak mengambil SPM lantaran kesusahan keluarga terjawab dengan bakat semulajadinya.
Tidak dinafikan, malam tersebut Stacy diberi saingan yang hebat oleh Nadia (Kelima) dan Nubhan (Ketiga). Walaubagaimanapun mereka berdua tewas lantaran AURA Stacy gah di Stadium Bukit Jalil. Bagi Toi (Keempat) dan Riz (Kedua), persembahan mereka agak biasa dan tidak nampak bersaing antara 5 finalis yang berjaya ke final. Bagi Riz, ramai yang merasakan beliau tidak layak untuk berada di tangga kedua kerana persembahan biasa yang dilakukan olehnya.
Bagi Stacy, TAHNIAH kerana menjadi bintang yang sederhana yang kadangkala "terlebih sudah". Inilah bintang yang di cari, jujur dan telus dengan tingkah laku yang spontan. Bagi penonton yang berada di stadium, bersopanlah sedikit kerana kelakuan anda ada yang mencalar budaya Malaysia itu sendiri. Wassalam.
No comments:
Post a Comment