Salam... pada 21-24hb Disember lepas saya n geng-geng saya join Karniwan 07 as peserta untuk mewakili UM tercinta...
Tidak disangka... kemenangan yang dinanti-nantikan selama ini sepanjang perjuangan kiteorang masa Karniwan 05 dan Karniawan 06 tercapai akhirnya pada Karniawan 07 ini... Detik indah apabila ia dimenangi di gelanggang sendiri... kepada semua.. kemenangan ini bukan atas faktor manipulasi mana-mana pihak kerana saya dengan jujurnya menyatakan kemenangan kami ini merupakan hasil titik peluh kami yang sanggup mengorbankan masa tidur, tenaga n macam-macam lagi la....
1. Johan Kuiz Keusahawanan (RM 500)
Kemenangan yang tidak disangka-sangka... semasa di Final saya bersyukur mempunyai ahli kumpulan yang mampu menyelesaikan soalan yang sukar... mungkin ada buah mulut menyatakan kami mendapat soalan bocor.. huh!!! tak baik cakap macam tue... kalau nak tau.. kombinasi peserta di final (Aku, Amy n Wan) merupakan satu kombinasi pasukan yang amat kuat... Aku mempunyai kemahiran di dalam pencetusan idea-idea perniagaan... Amy dengan kemahiran ekonomi dan Wan dengan kemahiran membuat keputusan... K0mbinasi inilah yang membuat kami berjaya mengalahkan peserta dari UDM, UKM, UMS dan UPSI... kepada pasukan yang tewas di tangan kami.. kami betul tidak percaya bahawa kalian sebenarnya memang hebat cuma bezanya ilmu di dada yang membezakan kita.. cheewaaahh!!!
2. Johan Rancangan Perniagaan (RP) Terbaik (RM 2,000)
Kemenangan yang memang ditunggu-tunggu oleh kami sepasukan.. bayangkan selama saya 3 tahun menyertai karniawan... inilah detik emas buat saya kerana RP saya memenangi Johan bagi tahun ini.. bagi tahun sebelumnya ketewasan kami mencalar kredibiliti kami sebagai pembentang... bayangkan RP yang tidak berjaya ke Final pada tahun 2006 berjaya menjadi Johan pada tahun ini??? Ini yang memelikkan kami.... Penganjur juga menyatakan markah kami adalah markah tertinggi bagi saringan... bayangkan!!!
Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana pemilihan kali ini betul-betul telus kerana pengadil yang memilih RP kami sebagai Johan adalah dari Pengurus Pelaburan, Pengarah Tritime dan Pensayarah UMS... nah semuanya orang luar.. bukan khas dari UM...
Perbentangan bermula dengan Ira sebagai pemula majlis diikuti Nadiah di bahagian pengurusan.. pembentangan dilengkapkan lagi oleh Hilmi untuk pemasaran dan perjuangan diteruskan oleh saya di bahagian kewangan dan ditutup indah oleh Wan di bahagian operasi dan kesimpulan yang bernas dari Ira... Nah!!! Keyakinan kami meletakkan kami di tempat sepatutnya... Thank you for Amy, Nad, Wan n Ira... terima kasih kerana meletakkan RP saya menjadi juara pada tahun ini...
3. Naib Johan Anugerah Usahawan Siswa Terbaik (RM 2,000)
Saya tidak pernah terduga untuk memenangi anugerah ini... bayangkan semasa sesi temuduga.. calon lain sememangnya hebat dengan projek dan perniagaan yang betul-betul mantap... di dalam sesi temuduga.. saya hanya membekalkan keyakinan dan azam serta doa agar segala jawapan saya dapat meyakinkan juri... ada jugalah dua tiga soalan yang tidak dijawab sempurna oleh saya.. jadi pada itu saya merendah diri untuk menyatakan saya bukan calon yang layak untuk memenangi anugerah ini.. Rezeki Allah siapa yang mampu halang... apabila disebut saya memenangi Naib Johan bagi anugerah ini... siapa yang mampu menghalang air mata kesyukuran mengalir sebagai tanda syukur ke hadrat Allah bahawa anugerah ini adalah milik saya???
Sebagai penutup bagi Karniawan ini.. alangkah indahnya kemenangan ini dikongsi bersama dengan team yang dulu yang bersama berjuang selama ini.. Kepada haiyena n Azrul... kami telah buktikan UM mampu untuk berdiri gah walau kita pernah sama-sama jatuh bangun selama ini...
Kepada Hilmi, Nadiah, Hazwan, Zahira, Norwati, Yasser, Aqila, dan Ridzwan.. terima kasih atas pengorbanan kalian... Ini kemenangan kita bersama walau kita tewas dalam Entrepreneur Risk... Yang penting hubungan kita sebagai satu team amatlah kuat... Cayok!! Aja- Aja Fighting!!!
1 comment:
helo azlan
congrates to u cos jd juara 4 kuiz n Naib Johan Anugerah Usahawan Siswa Terbaik
korg mmg tererla msa kuiz tu..sume soklan korg bli n dpt jwb
salute gle ah.. !
;)
Post a Comment