Friday, February 6, 2015

Tahun Baru, Nafas Baru, Azam Baru, Semangat Baru & Tempat Kerja Baru..

Alhamdulillah.. dah masuk sebulan di tempat kerja baru yang mana banyak perkara berubah 100%... Walaupun masa nak tinggalkan tempat kerja lama tu berat sebab team dah best.. tapi demi kelangsungan kerjaya dan untuk mengurangkan stres digagahkan diri jugak untuk melapor diri di tempat baru.. ye la mana tak seramnya bila kita nak ke tempat baru tapi ramai yang bagi bad impression kat tempat baru ni.. tapi dah set mind.. masuk mulut naga pon kene terima la kan... tapi bersyukur sangat la tempat baru ni totally lain dan buat diri ni lebih banyak masa menguruskan diri dengan lebih baik.. apa-apa doakan saya di sini yer semua... Aminnn..

Wednesday, October 8, 2014

Azlan & The Sailangs - Adinda (New Song)

Lagu baru band Azlan & The Sailangs.. Adinda.. easy listening.. insyaallah kalu ade rezeki nak touch up kasi lagi umpphh!!!

Azlan & The Sailangs - SUPREMUS DPA 1/2014 - Rhythm For Freedom (Battle Of The Band)

Band ni ditubuhkan dalam masa yang singkat... hanya 2 minggu jer.. tu pon sebab battle dah dekat... latihan hanya 3 kali je rasanya (2 di Kluang dan 1 di Kajang).. huhu... walau band ni baru tapi masuk la ngan semua ahli.. masa pertandingan tu ade ahli baru masuk yang mana mmg tak sempat pon training ngan die - Faizul.. Camne leh join... nak kata kene lamar tak le kan... Ahmad (drummer) mintak tolong jadi vokalis.. masa pon dah suntuk.. ikutkan mmg tak pernah perform band ni.. ni kire first time la.. but before penah la perform live ngan musician masa kat UM dulu.. Lagu pon dieorang pilihkan.. den ni susah sikit nyanyi lagu yang tak pernah nyanyi ni (sebab duk zon selesa.. haha).. tapi bende ni bagi cabaran gak arr..
Masa bertanding 16hb (sempena Hari Malaysia) mmg nervous sesangat la.. sbb tak pernah kan berband ni.. Juri plak retis popular - Bunkface.. masa rehearsal takyah cakap mmg rasa kalah dah.. tgk band lain mmg cukup training.. so masa battle just nak enjoy je.. kalah ke menang ke takde hal la (sedar diri la katakan.. haha..
K masa battle pon dah rasa ilang semangat jap.. yer la.. tgk setiap band pon dah kecut perut.. tapi sokongan Supremus DPA 1/2014 (IKWAS) mmg superb.. tambah pulak support from member2 yg kenal diri ini dari INTIM dan INTURA.. jadi masa perform semangat terus jadi lain.. tak sangka diri ni ilang ingatan dn nyanyi jer.. juri pon bagi komen yang best... so malas nak citer panjang.. tgk la video ni..

Wednesday, June 26, 2013

Fauziah Latiff : Tak Terdesak Cari Teman Hidup

Jika tiba masanya, penyanyi jelita ini tetap akan terima cinta
Sejak berpisah dengan bekas suami kira-kira enam tahun lalu, jarang sekali kedengaran cerita penyanyi dan pelakon, Fauziah Latiff atau Jee, berpacaran dengan mana-mana jejaka. Jika adapun cerita yang tersebar kononnya dia dilamun cinta ataupun sudah mendirikan rumah tangga, ia sekadar gosip ataupun usikan manja untuk penyanyi yang mula dikenali menerusi lagi Digamit Memori ini.
Barangkali kerana saya sudah selesa dengan kehidupan sebegini membuatkan saya tak rasa terdesak mencari kekasih. Namun ia tidak bermakna saya menolak jodoh." Fauziah Latiff, Penyanyi/pelakon Sampai bilakah Jee mahu terus hidup solo? Melihat penampilan fizikal wanita berusia 43 tahun ini, kejelitaan yang dimiliki tidak pernah pudar. Malah, dia semakin berseri-seri, ditambah dengan bentuk tubuh yang langsing membuatkan ramai yang terpegun dengan kecantikannya.
Begitupun, jika ada yang menyangka kehidupan penyanyi ini sunyi tanpa ditemani lelaki bergelar suami, tanggapan itu silap sama sekali. Tegas Jee, dia tidak pernah rasa terdesak untuk mencari teman hidup. “Barangkali kerana saya sudah selesa dengan kehidupan sebegini membuatkan saya tak rasa terdesak mencari kekasih. Namun ia tidak bermakna saya menolak jodoh. Jika sudah tiba masanya untuk cinta datang bertandang, saya tetap terima. Cuma, untuk saya pergi memburu cinta, itu tidak mungkin berlaku,” ujar Jee ketika ditemui pada majlis pelantikan dirinya sebagai duta minuman kesihatan pati ikan haruan Polleney di Mutiara Damansara, semalam.
Risau foto peribadi anak disebar
Diminta mengulas penyebaran foto dua anaknya, Jeffri Joaquim, 14, dan Jeremy Jay, 12, bersama bapa mereka, Johan Indot, di Internet baru-baru ini, Jee mengakui dia tidak selesa dengan perkara itu. “Memang saya rasa kurang senang kerana saya bimbang andai penyebaran gambar itu dikaitkan dengan cerita kurang enak. Saya kasihankan mereka dan saya rasa, biarlah kehidupan peribadi mereka tidak terlalu digembar-gembur. “Lagipun foto itu untuk tatapan peribadi, bukannya untuk umum. Saya tak mahu penyebaran gambar itu memberikan kesan negatif dalam kehidupan mereka,” tegasnya sambil melahirkan kerisauan.
Sebuah drama setahun
Beralih kepada perkembangan kerjaya seni, Jee berkata, buat masa ini dia masih sibuk di lokasi drama bersiri bercorak kepolisan, Roda-Roda Kuala Lumpur. Sambil mengakui semakin teruja beraksi di layar kaca, namun ia tidak membayangkan dirinya menerima apa saja tawaran yang datang. “Bukanlah nak kata cerewet, tapi memang itulah sikap saya yang lebih suka fokus kepada satu-satu kerja. Disebabkan itulah dalam setahun, saya berlakon satu drama saja. Saya memang tak suka terkejar-kejar.
“Sebelum terima satu-satu watak itu, saya terlebih dulu melihat karakter dan selepas itu barulah skrip serta jalan cerita. Jika karakter mencabar, saya terima. Watak Inspektor Fauziah ini pula memang mencabar kerana saya perlu menjerit dan menunggang motosikal polis. Walaupun sudah biasa, tetapi cara menunggangnya berbeza daripada motosikal yang selalu saya tunggangi,” ujarnya.
Cuba dulu baru setuju Perlantikan Jee sebagai duta Polleney boleh dianggap seperti sirih pulang ke gagang. Sebelum ini, dia pernah menjadi jurucakap produk itu sekitar 1988 untuk beberapa tahun. “Sebelum menjadi duta sesuatu produk, saya akan mencubanya terlebih dulu. Jika ia berkesan, barulah saya bersetuju. Untuk produk ini, saya sudah lama mengamalkannya, iaitu hampir 20 tahun. Ibu bapa saya yang memperkenalkannya. Selain menjaga kesihatan ia juga membantu kita menjadi awet muda,” tutur Jee sambil mengukir senyuman manis.
Sumber : www.bharian.com.my

Monday, May 27, 2013

Aku Memilih Setia - Fatin Shidqia Lubis

Ada banyak cara Tuhan menghadirkan cinta
Mungkin engkau adalah salah satunya
Namun engkau datang di saat yang tidak tepat
Cintaku telah dimiliki
Inilah akhirnya harus ku akhiri
Sebelum cintamu semakin dalam
Maafkan diriku memilih setia
Walaupun kutahu cintamu lebih besar darinya
Maafkanlah diriku tak bisa bersamamu
Walau ku sadar tulusnya rasa cintamu
Takkan mungkin untuk membagi cinta tulusku
Dan aku memilih setia
Seribu kali logika untuk menolak
Tapi ku tak bisa bohongi hati kecilku
Bila saja diriku ini masih sendiri
Pasti ku kan memilih … kan memilih kamu

Sunday, January 27, 2013

Hurmmmm...

salam sumer... da lama duk keje... cuti 3 hari ni digunakan sebaiknya dgn duk umah n release tension... borink2 gak... tp kalu kuar konpem lg stress coz akan mebelanjakan duit.. duk umah dpt jimat duit.. semalam duk makan ayam sepanjang hari.. hahaha.. masak ayam goreng berempah.. ari ni masak sardin.. esok? sardin ade lagi so makan sardin dulu.. wahaha... tu larr duk sorang.. masak sedap ke tak sedap.. diri sndiri yg ngadapkan.. wahaha tapi 2 3 hr nie.. rindu sgt kat arwah mak... siap mimpi2 segala.. sbb dlm kepala duk pikir, kalu parents ade lg konpem akan balik jumpe dieorg.. tp n wat camne... Allah lebih sygkan mrk.. Al-Fatihah.. Dah janji dgn diri takmo sedih2 lg... ade satu quote baca itu hari... hanya Allah yg tau apa yg kita rasa coz kita hanya mengadu dpn Die.. tp sy amat bersyukur dgn rezeki yg diberi.. tak lebih n tak kurang.. cukup2 n bleh la menympan sikit2... so... my advice... jangan bandingkan diri kita dgn org lain krn stp dari kita ade rezeki n ujian hidup yg berbeza... so be proud of yourself... life must go on beb... insyaallah.. sentiasa yakin dgn-Nya...

URTV Edisi 830 (15 Jan - 31 Jan 2013)

Sorry lama gile kan blog ni bersawang.. hehehe... Just nak maklum kepada sapa2 yang masih belum beli majalah URTV Cover Kak Jee sila serbe kedai majalah berhampiran.. katanya laku mcm pisang goreng panas... cepat.. nanti abis..:P