Sunday, October 7, 2007

Salam Aidilfitri Buat Semua...

Sempena bulan yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang nanti... Minta maap la kalau ader buat silap yerk...

Monday, October 1, 2007

Kisah Menyayat Nurin...


Saya rasa ramai yang mengetahui akan nasib malang yang menimpa kanak2 8 tahun yang didera secara seksual sehingga menyebabkan kematiannya... aduh... setelah sekian lama rakyat Malaysia menanti dan mengikuti pencarian Nurin.. nah kita digemparkan dengan penemuan mayatnya yang begitu tragis... Ibu bapa mana yang tidak meraung apabila melihat anak kesayangan mereka diperlakukan sedemikian rupa... Saya berdoa agar keluarga Jazimin tabah menghadapi dugaan ini...
Kita kadang terlupa akan kejahilan manusia zaman kini.. kejam... kanak2 diperlakukan seperti binatang... inikah nilai sebuah nyawa yang mungkin menjadi sinar bagi negara kita??? keletah kanak2 riang bermain di fikiran saya... bagaimana keadaan Nurin ketika didera dengan begitu teruk sekali.. saya ada terbaca akhbar (30 Oktober) bahawa terdapat airmata yang mengalir di kelopak mata Nurin!!! aduh seksanya pemergiannya...
Kepada pembunuh Nurin, kamu begitu kejam!!! Saya berharap dengan penangkapan 5 suspek dalam kes pembunuhan Nurin akan menjawab segala rungkai masalah yang bermain di fikiran kita terutamanya si Durjana Pembunuh!!! Sesungguh Laknat Allah bersama pembunuh tersebut...

Sunday, September 30, 2007

Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya

2 Oktober ini akan menyaksikan pertembungan proaspirasi dan promahasiswa dalam pilihanraya kampus.. setiap calon telah pun mengeluarkan manifesto masing2 bagi meraih undi... kebanyakan manifesto hampir sama dengan tahun terdahulu dan ada juga manifesto mengarut dan kurang relevan diletakkan bagi mendapat sokongan pelajar... nah.. kita lihat.. siapa akan mendominasi kali ini.. proaspirasi atau promahasiswa? tunggu dan lihat...

Welcome To My Blog!!!

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini... sila beri komen untuk mempertingkatkan pengisiannya,....

Saturday, September 29, 2007

Hakikat Cinta - Fauziah Latiff

Engkau tiba di saat tak ku duga
Kau hadirkan indah rasa di jiwa
Janji dipateri bersama
Susah dan senang berdua
Menghadapinya

Bukan bintang bukan bulan
Bukannya permata
Kejujuran keikhlasan
Ku pinta ku damba
Kerna ku percaya
Itulah hakikatnya cinta

Kau padamkan segala luka dulu
Kau balutkan parut duka di kalbu
Tiada lagi pilu sendu
Yang bertamu meracun oh hidupku

Bukan bintang bukan bulan
Bukannya permata
Kejujuran keikhlasan
Ku pinta ku damba
Kerna ku percaya
Itulah hakikatnya cinta

Tiada ku ragu tulus kasihmu
Engkaulah yang satu
Mekar selamanya

Kerna ku percaya
Itulah hakikatnya cinta

Bukan bintang bukan bulan
Bukannya permata
Kejujuran keikhlasan
Ku pinta ku damba
Kerna ku percaya
Itulah hakikatnya cinta
Cinta.............

Thursday, September 27, 2007

Hidup Yang Hilang...

Hari2 kadang2 aku rasa semakin lemah... tak der semangat... aku tak tau mana kekuatan yang ada dalam diri aku ni yang terus buat aku mampu tersenyum dengan dugaan yang datang dalam hidup aku... ntahla.. sama ada aku yang salah atau tidak dengan kehidupan nie aku terus keliru... aku akan terus buktikan yang ku adalah yang terbaik... tapi aku tak tau sampai bila semangat nie akan bertahan.. keluarga yang ramai tak pernah menyokong aper jua yang aku lakukan.. aku bersendirian...

Saturday, September 22, 2007

Hiburan Dalam Islam

Islam merupakan agama yang menyeluruh secara duniawi dan ukhrawi dalam menenuhi keperluan hidup manusia di dunia dan akhirat. Aspek rohani dan fizikal yang terkandung dalam ajaran Islam menepati keperluan kehidupan umat sejagat. Ajarannya tidak hanya menumpukan kepada ibadat khusus semata-mata dalam menilai ketaatan dan keingkaran hamba-Nya malah ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan keinginan manusia. Syariat Islam juga turut memenuhi fitrah manusia yang sukakan hiburan yang menjurus kepada keinginan berada dalam keadaan gembira.

Kekeliruan berlaku apabila umat Islam keliru jenis hiburan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan mengikut syarak. Aspek ini perlu diperjelaskan dan diperhalusi bersama agar segala bentuk hiburan yang dinikmati atas anugerah Allah itu benar-benar mengikut ketetapan ajaran Islam.

Hiburan yang tidak dibenarkan dalam Islam adalah hiburan yang melalaikan tanggungjawab umat kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t. Ia menjadi haram jika ia melibatkan perbuatan yang ditegah agama. Misalnya lelaki dan perempuan berasak-asakan dalam sebuah konsert yang mana ia mampu menimbulkan perasaan berahi. Justeru itu, hiburan juga haram apabila yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti: di persidangan arak, dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat, maka di sinilah. pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat azab, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu boleh dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)

Selain itu, hiburan yang menjurus ke arah kemunafikan dan syirik juga adalah amat ditegah dalam Islam. Contohnya, Ibnu Tamiyah ada menyatakan bahawa hiburan mampu menjadikan seorang peminat mencintai hiburan melebihi cintanya kepada Allah s.w.t. Perkara ini perlu dihindari agar kekhayalan dan kealphaan terhadap hiburan tidak menjadikan manusia lupa akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi justeru sebagai makhluk ciptaan Allah s.w.t. Ibnu Mas’ud juga pernah berkata “Nyanyian menimbulkan kemunafikan dalam hati seperti air menumbuhkan sayuran, sedang zikir menumbuhkan iman dalam hati seperti air menumbuhkan tanaman.

Hiburan yang dibenarkan di dalam Islam terlalu banyak, cuma kadang kala umat kita terlepas pandang akan perkara ini. Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta sedap didengari telinga, ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama ia tidak dicampuri perkataan yang tidak berfaedah dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula kalau nyayian tersebut disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, untuk melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkahwinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Yang membezakan antara halal (nikah) dan haram (zina) adalah memukul gendang dan lagu-lagu waktu akad nikah.” (Riwayat Ahmad)

Selain itu, nasyid yang mengajak manusia kearah kebaikan dan mempunyai doa di dalamnya adalah amat digalakkan dalam islam. Syair yang berisi tauhid atau cinta kepada Rasulullah dan yang menyebut akhlaknya atau mengajak manusia berjihad di jalan Allah, memperbaiki budi pekerti, mengajak persatuan, tolong-menolong sesama umat, menyebut dasar-dasar Islam, berisi hal-hal yang bermanfaat bagi masyarakat dan lain sebagainya adalah dibenarkan dalam Islam.

Gendang seperti rebana yang dibenarkan hanya dibolehkan pada waktu hari raya dan perkawinan untuk kaum wanita dan tidak bolah dipakai pada waktu berzikir, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak pernah melakukannya.

Para ahli sufi membolehkan rebana utuk diri mereka pada waktu berzikir dan menjadikannya sunnah, padahal sebenarnya adalah bid’ah. Rasulullah s.a.w bersabda :

“Jauhilah perkara-perkara baru, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.”

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghindarkan diri dari hiburan yang melalaikan. Antaranya ialah menjauhkan diri dari mendengar nyanyian dan muzik melalui radio, televisyen dan lain-lainnya terutama yang mengeluarkan perkataan-perkatan yang tidak berfaedah. Penawar yang paling mujarab adalah membaca Al-Qur’an, terutama surat Al-Baqarah. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surat Al-Baqarah.: (riwayat Muslim).

Allah Subhanahu wata'ala berfirman :
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu palajaran dari Tuhanmu dan penyembuh dari penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang beriman.” (Yunus : 57)

Secara kesimpulannya, hiburan dibenarkan dalam Islam cuma ia perlulah berlandaskan syariat dan berpandukan kepada batas-batas yang telah digariskan di dalam hukum agama Islam. Menghindari sesuatu yang batil merupakan satu pahala, jadi aspek kelalaian, kealphaan, pembaziran, munafik dan syirik hanya akan mendatangkan keburukan kepada umat manusia di mana tiada keberkatan Allah di dalam hidup. Berpegang pada konsep Islam iaitu iman, amal dan ihsan mampu menguatkan hati dalam mencintai Allah s.w.t lebih dari segalanya.

-Hak Milik: Azlan Ali-