Thursday, June 9, 2016
Fauziah Latiff kembali dengan Takdir Cinta
KUALA LUMPUR: Selepas enam tahun tanpa sebarang lagu baharu, Fauziah Latiff kini mampu tersenyum apabila beliau akhirnya tampil bersama single terkini berjudul Takdir Cinta.
Single terakhir penyanyi yang mesra disapa Jee ini ialah Ku Di Sini, yang juga lagu tema drama Gelora Di Hati Sara.
Dicipta oleh Sharon Paul dan liriknya pula hasil tulisan Fedtri Yahya, lagu baharu berkenaan dirakam penyanyi itu sekitar April lalu. Ia turut dipilih sebagai lagu tema drama siaran TV3, Seindah Takdir Cinta, lakonan Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Redza Rosli dan Ifa Raziah.
"Alhamdulillah, selepas sekian lama, saya muncul juga dengan single baharu. Tawaran merakamkan lagu berkenaan datang daripada penerbit drama itu sendiri, Fadzil Teh, dan saya berasakan ia memang kena pada masanya. Secara tidak langsung ia menjadi hadiah buat peminat yang selama ini tertunggu-tunggu lagu baharu daripada saya," katanya kepada BH Online.
Mengakui agak lama tidak melalui pengalaman merakamkan lagu di studio, Fauziah tidak menafikan perasaan gementar tetap menyelubungi diri. "Mujurlah Sharon sebagai komposer cukup profesional dan tahu apa yang diinginkan. Jadi, ia sedikit sebanyak memudahkan kerja. Pada masa sama, saya turut memaklumkan perkembangan rakaman lagu ini kepada Fadzil dan Fedtri. Saya perlu berbuat begitu kerana setiap pendapat diambil kira untuk memastikan hasil lagu ini memuaskan hati semua.
"Saat drama Seindah Takdir Cinta disiarkan pun, ramai yang memberi maklum balas positif terhadap lagu ini," katanya yang mengaku turut mengikuti drama berkenaan. Jee yang dijangka merakamkan video muzik lagu terbabit tidak lama lagi berkata, walaupun sudah lama tidak muncul dengan album studio, dunia nyanyian masih menjadi minatnya.
"Cuma saya sangat selektif ketika ini. Saya kena pilih lagu yang sesuai, begitu juga dengan lakonan. Insya-Allah, kalau kena dengan jalan cerita dan skripnya pula baik, saya pasti tidak menolaknya," kata Fauziah yang memilih untuk meluangkan waktu bersama keluarga sepanjang Ramadan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/162052
Sumber : Berita Harian
Monday, March 9, 2015
Resepi : Daging Masak Kunyit & Lada Hitam
Dah lama kan rasanya blog ni jadi sawang.. haha.. sorry la yer.. K la tak nak buang masa.. Semalam rajin memasak coz malas kuar umah.. jadi nak share la resepi ciptaan sendiri.. sedap.. so share la kan..
Resepi Daging Masak Kunyit & Lada Hitam
500 gram daging - rebus dengan asam keping (hiris nipis)
Bahan A (tumbuk kasar)
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Cili Padi
Kunyit Hidup
Lada Hitam biji
Garam seindah biasa
Serbuk Kunyit
Sos Tiram
Cara-Cara:
Panaskan minyak zaitun (minyak zaitun gitu).. then masukkan bahan yang dah ditumbuk tu.. tambah sedikit serbuk kunyit.. then kalu nak ummp.. tambah la lagi sikit lada hitam.. dah tu letak secukup rasa sos tiram.. tumis sampai garing manja... tambah secawan air kalu kering sangat.. masukkan daging.. masak sehingga kering (tahap kering ni pon ikut citarasa - saya suka lembab2 gitu)
K semua bahan di atas tak dapat disukat kerana semua dimasukkan dengan gerak hati... hehehehe Gambor pon takde coz daging ni semua da masuk dalam perut.. burrppp alhamdulillah..
Coretan berkaitan
Resepiku
Friday, February 6, 2015
Tahun Baru, Nafas Baru, Azam Baru, Semangat Baru & Tempat Kerja Baru..
Alhamdulillah.. dah masuk sebulan di tempat kerja baru yang mana banyak perkara berubah 100%... Walaupun masa nak tinggalkan tempat kerja lama tu berat sebab team dah best.. tapi demi kelangsungan kerjaya dan untuk mengurangkan stres digagahkan diri jugak untuk melapor diri di tempat baru.. ye la mana tak seramnya bila kita nak ke tempat baru tapi ramai yang bagi bad impression kat tempat baru ni.. tapi dah set mind.. masuk mulut naga pon kene terima la kan... tapi bersyukur sangat la tempat baru ni totally lain dan buat diri ni lebih banyak masa menguruskan diri dengan lebih baik.. apa-apa doakan saya di sini yer semua... Aminnn..
Wednesday, October 8, 2014
Azlan & The Sailangs - Adinda (New Song)
Lagu baru band Azlan & The Sailangs.. Adinda.. easy listening.. insyaallah kalu ade rezeki nak touch up kasi lagi umpphh!!!
Coretan berkaitan
Azlan & The Sailangs,
Band,
DPA 1/2014,
Entertainment,
Supremus
Azlan & The Sailangs - SUPREMUS DPA 1/2014 - Rhythm For Freedom (Battle Of The Band)
Band ni ditubuhkan dalam masa yang singkat... hanya 2 minggu jer.. tu pon sebab battle dah dekat... latihan hanya 3 kali je rasanya (2 di Kluang dan 1 di Kajang).. huhu... walau band ni baru tapi masuk la ngan semua ahli.. masa pertandingan tu ade ahli baru masuk yang mana mmg tak sempat pon training ngan die - Faizul..
Camne leh join... nak kata kene lamar tak le kan... Ahmad (drummer) mintak tolong jadi vokalis.. masa pon dah suntuk.. ikutkan mmg tak pernah perform band ni.. ni kire first time la.. but before penah la perform live ngan musician masa kat UM dulu.. Lagu pon dieorang pilihkan.. den ni susah sikit nyanyi lagu yang tak pernah nyanyi ni (sebab duk zon selesa.. haha).. tapi bende ni bagi cabaran gak arr..
Masa bertanding 16hb (sempena Hari Malaysia) mmg nervous sesangat la.. sbb tak pernah kan berband ni.. Juri plak retis popular - Bunkface.. masa rehearsal takyah cakap mmg rasa kalah dah.. tgk band lain mmg cukup training.. so masa battle just nak enjoy je.. kalah ke menang ke takde hal la (sedar diri la katakan.. haha..
K masa battle pon dah rasa ilang semangat jap.. yer la.. tgk setiap band pon dah kecut perut.. tapi sokongan Supremus DPA 1/2014 (IKWAS) mmg superb.. tambah pulak support from member2 yg kenal diri ini dari INTIM dan INTURA.. jadi masa perform semangat terus jadi lain.. tak sangka diri ni ilang ingatan dn nyanyi jer.. juri pon bagi komen yang best... so malas nak citer panjang.. tgk la video ni..
Coretan berkaitan
Azlan & The Sailangs,
Band,
DPA 1/2014,
Entertainment,
Supremus
Wednesday, June 26, 2013
Fauziah Latiff : Tak Terdesak Cari Teman Hidup
Jika tiba masanya, penyanyi jelita ini tetap akan terima cinta
Sejak berpisah dengan bekas suami kira-kira enam tahun lalu, jarang sekali kedengaran cerita penyanyi dan pelakon, Fauziah Latiff atau Jee, berpacaran dengan mana-mana jejaka.
Jika adapun cerita yang tersebar kononnya dia dilamun cinta ataupun sudah mendirikan rumah tangga, ia sekadar gosip ataupun usikan manja untuk penyanyi yang mula dikenali menerusi lagi Digamit Memori ini.
Barangkali kerana saya sudah selesa dengan kehidupan sebegini membuatkan saya tak rasa terdesak mencari kekasih. Namun ia tidak bermakna saya menolak jodoh." Fauziah Latiff, Penyanyi/pelakon
Sampai bilakah Jee mahu terus hidup solo? Melihat penampilan fizikal wanita berusia 43 tahun ini, kejelitaan yang dimiliki tidak pernah pudar. Malah, dia semakin berseri-seri, ditambah dengan bentuk tubuh yang langsing membuatkan ramai yang terpegun dengan kecantikannya.
Begitupun, jika ada yang menyangka kehidupan penyanyi ini sunyi tanpa ditemani lelaki bergelar suami, tanggapan itu silap sama sekali. Tegas Jee, dia tidak pernah rasa terdesak untuk mencari teman hidup.
“Barangkali kerana saya sudah selesa dengan kehidupan sebegini membuatkan saya tak rasa terdesak mencari kekasih. Namun ia tidak bermakna saya menolak jodoh. Jika sudah tiba masanya untuk cinta datang bertandang, saya tetap terima. Cuma, untuk saya pergi memburu cinta, itu tidak mungkin berlaku,” ujar Jee ketika ditemui pada majlis pelantikan dirinya sebagai duta minuman kesihatan pati ikan haruan Polleney di Mutiara Damansara, semalam.
Risau foto peribadi anak disebar Diminta mengulas penyebaran foto dua anaknya, Jeffri Joaquim, 14, dan Jeremy Jay, 12, bersama bapa mereka, Johan Indot, di Internet baru-baru ini, Jee mengakui dia tidak selesa dengan perkara itu. “Memang saya rasa kurang senang kerana saya bimbang andai penyebaran gambar itu dikaitkan dengan cerita kurang enak. Saya kasihankan mereka dan saya rasa, biarlah kehidupan peribadi mereka tidak terlalu digembar-gembur. “Lagipun foto itu untuk tatapan peribadi, bukannya untuk umum. Saya tak mahu penyebaran gambar itu memberikan kesan negatif dalam kehidupan mereka,” tegasnya sambil melahirkan kerisauan.
Sebuah drama setahun Beralih kepada perkembangan kerjaya seni, Jee berkata, buat masa ini dia masih sibuk di lokasi drama bersiri bercorak kepolisan, Roda-Roda Kuala Lumpur. Sambil mengakui semakin teruja beraksi di layar kaca, namun ia tidak membayangkan dirinya menerima apa saja tawaran yang datang. “Bukanlah nak kata cerewet, tapi memang itulah sikap saya yang lebih suka fokus kepada satu-satu kerja. Disebabkan itulah dalam setahun, saya berlakon satu drama saja. Saya memang tak suka terkejar-kejar. “Sebelum terima satu-satu watak itu, saya terlebih dulu melihat karakter dan selepas itu barulah skrip serta jalan cerita. Jika karakter mencabar, saya terima. Watak Inspektor Fauziah ini pula memang mencabar kerana saya perlu menjerit dan menunggang motosikal polis. Walaupun sudah biasa, tetapi cara menunggangnya berbeza daripada motosikal yang selalu saya tunggangi,” ujarnya. Cuba dulu baru setuju Perlantikan Jee sebagai duta Polleney boleh dianggap seperti sirih pulang ke gagang. Sebelum ini, dia pernah menjadi jurucakap produk itu sekitar 1988 untuk beberapa tahun. “Sebelum menjadi duta sesuatu produk, saya akan mencubanya terlebih dulu. Jika ia berkesan, barulah saya bersetuju. Untuk produk ini, saya sudah lama mengamalkannya, iaitu hampir 20 tahun. Ibu bapa saya yang memperkenalkannya. Selain menjaga kesihatan ia juga membantu kita menjadi awet muda,” tutur Jee sambil mengukir senyuman manis. Sumber : www.bharian.com.my
Monday, May 27, 2013
Aku Memilih Setia - Fatin Shidqia Lubis
Ada banyak cara Tuhan menghadirkan cinta
Mungkin engkau adalah salah satunya
Namun engkau datang di saat yang tidak tepat
Cintaku telah dimiliki
Inilah akhirnya harus ku akhiri
Sebelum cintamu semakin dalam
Maafkan diriku memilih setia
Walaupun kutahu cintamu lebih besar darinya
Maafkanlah diriku tak bisa bersamamu
Walau ku sadar tulusnya rasa cintamu
Takkan mungkin untuk membagi cinta tulusku
Dan aku memilih setia
Seribu kali logika untuk menolak
Tapi ku tak bisa bohongi hati kecilku
Bila saja diriku ini masih sendiri
Pasti ku kan memilih … kan memilih kamu
Sunday, January 27, 2013
Hurmmmm...
salam sumer... da lama duk keje... cuti 3 hari ni digunakan sebaiknya dgn duk umah n release tension... borink2 gak... tp kalu kuar konpem lg stress coz akan mebelanjakan duit.. duk umah dpt jimat duit..
semalam duk makan ayam sepanjang hari.. hahaha.. masak ayam goreng berempah.. ari ni masak sardin.. esok? sardin ade lagi so makan sardin dulu.. wahaha... tu larr duk sorang.. masak sedap ke tak sedap.. diri sndiri yg ngadapkan.. wahaha
tapi 2 3 hr nie.. rindu sgt kat arwah mak... siap mimpi2 segala.. sbb dlm kepala duk pikir, kalu parents ade lg konpem akan balik jumpe dieorg.. tp n wat camne... Allah lebih sygkan mrk.. Al-Fatihah..
Dah janji dgn diri takmo sedih2 lg... ade satu quote baca itu hari... hanya Allah yg tau apa yg kita rasa coz kita hanya mengadu dpn Die.. tp sy amat bersyukur dgn rezeki yg diberi.. tak lebih n tak kurang.. cukup2 n bleh la menympan sikit2...
so... my advice... jangan bandingkan diri kita dgn org lain krn stp dari kita ade rezeki n ujian hidup yg berbeza... so be proud of yourself... life must go on beb... insyaallah.. sentiasa yakin dgn-Nya...
Coretan berkaitan
About Me...
URTV Edisi 830 (15 Jan - 31 Jan 2013)
Sorry lama gile kan blog ni bersawang.. hehehe...
Just nak maklum kepada sapa2 yang masih belum beli majalah URTV Cover Kak Jee sila serbe kedai majalah berhampiran.. katanya laku mcm pisang goreng panas... cepat.. nanti abis..:P
Coretan berkaitan
Fauziah Latiff
Saturday, September 24, 2011
Fauziah Latiff Setia Bersama SK II

Teks Oleh: zyzamani
KUALA LUMPUR, 22 SEPT 2011: Bukanya mudah bagi seseorang artis untuk bertahan dan bergelar duta produk kecantikan melebihi 10 tahun. Namun perkara tersebut dapat dikecapi oleh penyanyi jelita Fauziah Latiff.
Bergelar duta Malaysia bagi produk kecantikkan antarabangsa, SK II selama 13 tahun, Fauziah Latiff bersyukur dengan apa yang dilaluinya.
Mengakui turut menerima tawaran untuk menjadi duta produk kecantikkan yang lain, bagi Fauziah Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Gee, nyata lebih selesa untuk terus setia bersama jenama unggul itu.
"Memang sepanjang tempoh itu saya ada menerima tawaran daripada produk lain tapi saya selesa bersama SK II. Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh mereka.
"Antara sebab utama saya dan mereka dapat bertahan bersama kerana mereka dapat memberi apa yang saya mahukan. Pada masa yang sama saya juga dapat memenuhi permintaan mereka, " katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baru SK II, di Mid Valley Megamall, baru-baru ini.
Berkongsi petua kecantikkan yang dimilikinya sambil tersenyum manis, kata Gee tiada petua khusus yang diamalkannya. Kata pelantun lagu popular Teratai Layu Di Tasik Madu itu, dia hanya memakai solekan apabila diperlukan.
"Saya tak amalkan petua kecantikkan pun. Cuma hanya bersolek apabila perlu dan kalau tak saya lebih senang keluar rumah tanpa solekan. Memang itu yang saya selalu saya praktikkan dan saya selesa sebegitu," jelasnya lagi.
Mengulas mengenai sambutan rayanya kata wanita kelahiran Air Tawar, Perak ini, dia amat gembira dapat menyambut lebaran bersama ibu dan anak-anaknya di kampung halaman, Johor.
"Alhamdulillah saya menyambut raya bersama mak dan anak-anak di kampung selama seminggu. Raya kali ini anak-anak bersama saya dan sepanjang di sana kami dapat meluangkan masa beraya dan melawat sanak saudara," katanya.
Sumber : murai.com.my
Coretan berkaitan
Fauziah Latiff
Monday, September 19, 2011
Mahu menyanyi, berlakon sama

PADA awal pembabitan Amyza Aznan atau Amyza, 37, dalam dunia hiburan tempatan, wajahnya sering dikaitkan dengan Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff atau Jee Latiff, 40. Kata peminat mereka macam kembar seiras. Malah ada juga yang bertanya adakah dia adik kepada penyanyi popular itu.
Perkara itu turut disedari Amyza selepas ramai memperkatakannya. Waktu itu Amyza sering menidakkan apa yang diperkatakan kerana malu. Katanya lagi, siapalah dia hendak dibandingkan dengan Jee yang punya nama besar dalam industri muzik tempatan.

Waktu sama, kata Amyza yang ditemui pada satu majlis sambutan Aidilfitri, baru-baru ini, dia memang meminati Fauziah sejak kecil dan seingatnya sejak tingkatan satu.
“Dulu masa zaman budak-budak, apabila orang kata muka saya mirip Jee, saya selalu belek wajah di hadapan cermin. Waktu sama hati turut bertanya, benarkah wajah saya sama dengannya dan dari sudut mana?
“Jee jauh lebih cantik kalau hendak dibandingkan dengan aku, fikir saya. Tapi selalunya saya akan simpan perasaan bangga apabila dikatakan serupa dengan Jee. Mana tidaknya orang kata wajah saya dan penyanyi kesayangan serupa, mestilah saya rasa seronok!” katanya.
Bagaimanapun, sepanjang membabitkan diri dalam dunia seni hanya sekali dia ditemukan dengan penyanyi terbabit bagi menjayakan satu sesi fotografi untuk menghiasi muka hadapan majalah. Waktu itu hatinya sangat berbunga kerana dapat bertentang mata dengan penyanyi kesayangannya.
“Peluang itu saya peroleh selepas enam tahun bergelar pelakon. Mungkin kerana sudah ramai orang menyebut wajah kami serupa menyebabkan editorial majalah itu mendapat idea untuk menemukan kami,” kata Amyza.
Selepas itu, dia tidak berkesempatan bertemu dengan Jee lagi sehinggalah apabila mereka bertemu sekali lagi pada majlis sambutan Aidilfitri terbabit. Kebetulan Jee dijemput untuk menyanyi.
Lalu peluang itu digunakan Rap untuk merakamkan gambar mereka berdua buat pembaca setia dan peminat bagi melihat sendiri dari sudut mana wajah dua artis terkenal ini dikatakan sama.
Menyambung perbualan membabitkan minat Amyza terhadap Jee, kata pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu, dia turut menjadikan kejayaan diraih penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu sebagai sumber inspirasi.
“Pembabitannya dalam dunia nyanyian benar-benar memberi impak berbanding artis sekarang dan rata-rata mereka mempunyai ramai pengikut setia. Malah kerana kejayaan diraih Jee juga menyebabkan saya menyimpan impian menjadi penyanyi.
“Daripada tak ada suara sehinggalah sekarang saya boleh menyanyi dengan baik. Jee juga menjadi pembakar semangat untuk saya mengasah bakat dalam bidang nyanyian,” ujarnya.
Pada waktu sama, Amyza berkata, dia menyimpan impian untuk menyanyi bersama Jee walaupun sekali tidak kira dalam rakaman lagu mahupun persembahan pentas. Mengikuti perkembangan idolanya itu yang kini turut berlakon drama, dia juga berharap selepas ini akan terbuka peluang untuk mereka beraksi sama.
Pertama kali mendengar kenyataan mengatakan wajahnya sama dengan Amyza membuatkan Jee tertanya-tanya. Bagaimanapun, apabila pertama kali melihat wajah pelakon itu, penyanyi berasal dari Klang, Selangor itu mengakui tersenyum.
“Apabila melihat wajahnya buat pertama kali saya faham mengapa ada yang mengatakan wajah kami mirip. Mungkin bentuk rupa ada sikit iaitu bujur sirih dan waktu sama saya kelihatan lebih cengkung sedikit. Ada satu klip video pernah saya hasilkan waktu isu saya sangat kurus. Apabila melihatnya kembali memang saya dan Amyza nampak seiras,” katanya.
Menyentuh mengenai kerjaya lakonan Amyza, Jee akui ibu anak dua itu sangat berbakat dan menggemari aksinya. Dia juga menyifatkan Amyza seorang pelakon serba boleh dan lakonannya bersahaja.
Menyentuh mengenai impian Amyza yang memujanya dan berhasrat untuk berduet bersama, kata Jee, dia terharu dan sangat berterima kasih. Sekiranya ia terlaksana, Jee menganggap ia sebagai satu penghormatan.
Menyentuh mengenai kerjaya lakonan dan hasrat Amyza untuk digandingkan bersama, kata Jee merendah diri, dia menyifatkan sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan, masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
“Saya berterima kasih kepada Suhan Movies & Trading juga Rosyam Nor kerana memberi kepercayaan dan peluang untuk menimba pengalaman dan belajar selok-belok dunia lakonan. Bagaimanapun, bagus sekiranya kami dapat ditemukan di layar. Tapi segan sebabnya saya ini baru hendak belajar. Sekiranya peluang datang saya menerimanya dengan tangan terbuka,” katanya yang kini sering mengikuti konvoi motosikal besar.
Menyentuh mengenai kerjaya, kata Jee, dia masih menerima tawaran untuk mengadakan persembahan cuma buat masa sekarang dia belum terfikir untuk menghasilkan album kerana mahu berehat buat sementara.
PROFIL
Nama Penuh: Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff
Panggilan: Fauziah Latiff atau Jee
Tarikh Lahir: 5 Disember 1970
Usia: 40 tahun
Asal: Klang, Selangor
Status: Ibu Tunggal
Anak: Jeffri Joaquim Indot dan Jeremy Jay Indot
Kerjaya: Penyanyi, pelakon
Album: Digamit Memori, Kau Merubah Segalanya, Kini, Tiada Noktah Cinta, Hua Xi Ya, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, Epilog Memori Gelita, Apa Sebenarnya, Sahabat, Jee ‘98, Yang Lebih Kau Cinta...Jee, Pesona (2006), Koleksi Emas Volume 1, Koleksi Emas Volume 2, Petikan Syahdu Volume 1, Petikan Syahdu Volume 2, Jee No 1st, Di Sebalik, Balada, Memori Sentimental Hit, Keunggulan.
Teater: Rubiah, Muzikal Tun Razak
Program: Muzikal Mencari Harta Karun, Lontong, Raya Rantau, Malaysian Idol.
Drama: Kudrat Iman dan Gelora Di Hati Sara
Filem: Pak Tam Duda dan Memori (Penampilan Khas)
Iklan: Salem, LUX, SKII
Anugerah: Juara Pesta Pujaan Kingsway 1989, Lagu Sahabat menang 5 trofi Anugerah Video M 1996, Juara Keseluruhan, Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-8 (AJL 8) lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Penghibur TV Wanita Popular 1992 & 1993 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
PROFIL
Nama: Amyza binti Aznan
Panggilan: Amyza
Tarikh Lahir: 18 Julai1 974
Usia: 37 tahun
Tempat Lahir: Alor Gajah, Melaka
Pekerjaan: Pelakon, Penyanyi, dan Pengacara
Hobi: Menyanyi, menari dan memasak
Status: Berkahwin
Suami: Khairil Izhar Mohd Nazir
Anak: Andre Mikhail dan Adrian Adam
Filem: Iman Alone, Puteri Impian 2
Drama: Mat Despatch, Tiga Dara, Tan Tin Tun, Geletek, Iris, Mister and Misses, Kerana Kasih, Ejen 008, Isteriku Bukan Queen Control, Janji Meletup, Donut, Trilogi Cinta, You Saka Pergi Jauh Jauh, Ohh... Bola, Ahmad Albab Yang Punya, Begitukah Cinta.
Rancangan TV: Sehati Sejiwa, Biskut Apa?
Pencapaian: Naib Juara Sehati Berdansa 2
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
Sumber: Harian Metro
Coretan berkaitan
Fauziah Latiff
Thursday, September 15, 2011
Pelancaran Kedai Rakyat 1 Malaysia KPDNKK & Sambutan Hari Raya KPDNKK

semalam KPDNKK melancarkan satu lagi Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di KPDNKK Putrajaya, so bolehla orang Putrajaya membeli di kedai ni... kedai betul2 terletak di bangunan KPDNKK... so kami dipaksa turun untuk meramaikan majlis.. hahaha... selamat dah pukul 4.45... kalu tak saper nk wat keje kami kan??? hehehe
lepas jer perasmian KR1M tu... kene jadik usherer (penyambut tetamu) bagi majlis sambutan raya pulak... tema pink gittuuu... tapi disebabkan penat tak boleh tahan kol 6 terus jer naik n balik rumah... lagipon penampilan da tak best.. rambut dah mengerbang ala-ala suster ngesot dek kipas besor2 nih... so dari dapat malu... (i ni kan artis gaks.. hahaha).. teros balik... alasan... hahaha
Coretan berkaitan
Current Issue
Bilik Terbuka - Makan Free

hehehe... just untuk kenangan... kan hari tu buat sambal kacang... kebetulan pulak Min buat kuah kacang n rendang daging... n cik pah pon leh bawak rendang ayam... so kami pon buatlah sesi makan di bilik Min... meriah sungguh... best...

jadik ni semua makan sarapan tak hengat doniaa... hahaha.. semua sedap-sedap...
tengah hari pulak hajar buat makan2 di rumah die.. menu adalah laksa n soto.. sungguh sedap mak hajar masak... jadik tema hari tu adalah mari berjimat.. hahaha
Coretan berkaitan
About Me...
Sunday, September 11, 2011
Kuah Kacang
Hari ni saya try masak kuah kacang… ni kira first time tau… amik resepi dan adjust ikut selera saya… so nak share la ngan semua sebab sedap.. hahaha.. kalu tak sedap konpem tak disharekan… so akan dibawak ke opis untuk dikongsi ngan kawan2 untuk breakfast esok… huhu…
Nak tau naper sibuk nak try masak kuah kacang ni?? Sebab 21/9 ni bahagian saya nak buat jamuan raya n unit saya ditugaskan untuk membawa nasi impit dan kuah kacang… nasi impit tu sonang jer kan.. tapi bab kuah kacang ni semua surrender.. so sy dgn penuh yakin akan cube masak… tu la sebab try masak dulu.. bila dah lulus ni.. barulah berani nak masak utk 21/9 ni.. hahaha…. So kat bawah ni resepi yang saya dah olah sikit,.. gambor teros dari kuali jer la.. malas nk hias2.. cube la.. mmg sedap wooo…..

Resepi Kuah Kacang
• 300g kacang tanah
• 2 batang serai
• 1 inci halia
• 1 inci lengkuas
• 1 mangkuk air asam jawa
• 20 tangkai cili kering
• Sedikit belacan
• Sedikit udang kering (utk perasa shj)
• 2 biji bawang besar
• 1 biji bawang putih
• 1 keping asam keping
• 4 sudu besar Gula
• Garam
Cara Memasak.
1. Goreng kacang tanah bersama minyak sehingga kekuningan. Angkat dan buang kulitnya. Kisar separuh kasar dan kisar separuh halus sedikit.
2. Halia, lengkuas, lada kering, belacan, dan udang kering digoreng tanpa minyak. Bahan-bahan ini dikisar bersama bawang besar, dan bawang putih.
3. Tumiskan bahan yang dikisar bersama serai yang dititik di dalam minyak sehingga garing. (minyak boleh dilebihkan bagi memasak kuah kacang). Masukkan air asam jawa dan asam keping.
4. Masukkan kacang yang dikisar dan masak sedikit lagi. Masukkan sedikit garam dan gula.
5. Gula boleh ditambah mengikut selera.
6. Setelah siap bolehlah dihidang bersama nasi impit atau ketupat.
• Semasa menghidang bolehlah mengurangkan minyak di dalam kuah kacang yang dimasak tadi.
Nak tau naper sibuk nak try masak kuah kacang ni?? Sebab 21/9 ni bahagian saya nak buat jamuan raya n unit saya ditugaskan untuk membawa nasi impit dan kuah kacang… nasi impit tu sonang jer kan.. tapi bab kuah kacang ni semua surrender.. so sy dgn penuh yakin akan cube masak… tu la sebab try masak dulu.. bila dah lulus ni.. barulah berani nak masak utk 21/9 ni.. hahaha…. So kat bawah ni resepi yang saya dah olah sikit,.. gambor teros dari kuali jer la.. malas nk hias2.. cube la.. mmg sedap wooo…..

Resepi Kuah Kacang
• 300g kacang tanah
• 2 batang serai
• 1 inci halia
• 1 inci lengkuas
• 1 mangkuk air asam jawa
• 20 tangkai cili kering
• Sedikit belacan
• Sedikit udang kering (utk perasa shj)
• 2 biji bawang besar
• 1 biji bawang putih
• 1 keping asam keping
• 4 sudu besar Gula
• Garam
Cara Memasak.
1. Goreng kacang tanah bersama minyak sehingga kekuningan. Angkat dan buang kulitnya. Kisar separuh kasar dan kisar separuh halus sedikit.
2. Halia, lengkuas, lada kering, belacan, dan udang kering digoreng tanpa minyak. Bahan-bahan ini dikisar bersama bawang besar, dan bawang putih.
3. Tumiskan bahan yang dikisar bersama serai yang dititik di dalam minyak sehingga garing. (minyak boleh dilebihkan bagi memasak kuah kacang). Masukkan air asam jawa dan asam keping.
4. Masukkan kacang yang dikisar dan masak sedikit lagi. Masukkan sedikit garam dan gula.
5. Gula boleh ditambah mengikut selera.
6. Setelah siap bolehlah dihidang bersama nasi impit atau ketupat.
• Semasa menghidang bolehlah mengurangkan minyak di dalam kuah kacang yang dimasak tadi.
Coretan berkaitan
Resepiku
Friday, September 9, 2011
Transeksualiti : Haruskah Terjadi? Salah Siapa?
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes permohonan pertukaran jantina dan juga kes hubungan terlarang yang tidak kesampaian oleh golongan lelaki yang menyerupai wanita. Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk menghina mana-mana pihak, tetapi untuk kesedaran diri bersama. Ini kerana kita tiada hak menghina dan menghukum golongan ini kerana mereka juga diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi.
Pertama sebelum kita terus beremosi dan menghina golongan ini. Lebih baik kita muhasabah diri dengan memberikan persoalan ini, "cukup sudah amalankah kita untuk ke syurga atau cukup sempurnakah diri kita di mana kita mempunyai tahap yang tinggi untuk menghukum manusia ini ke neraka sedangkan hukuman itu adalah satu-satunya hak Allah s.w.t.". Tujuan artikel ini ditulis juga adalah untuk kita bersama-sama menidakkan kebathilan yang berlaku kerana walaupun isu seperti ini sudah menjadi barah di dalam masyarakat Islam kita.
"Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai lelaki." (HR. Bukhari). Sudah jelas lagi terang, hukum menukar jantina adalah haram. Justeru itu, kembalilah kepada fitrah kejadian walaupun diberi dugaan yang berat kerana memiliki naluri perempuan/lelaki.
Bagi golongan ini, redhalah dengan kejadian Allah dan dekatkan diri kepada Allah Yang Esa. Positifkan diri dengan bersyukur tidak semua insan yang lahir di dunia ini mendapat dugaan seperti itu. Cukup insan sekeliling kita menghormati nilai-nilai Islam diterapkan dalam diri walau dilabelkan sebagai lelaki lembut atau sebagainya.
Apabila kita melihat dari pandangan yang lebih matang, golongan ini lebih jujur dalam melahirkan sifat mereka. Lebih baik daripada golongan gay/lesbian yang bersembunyi di sebalik perlakuan normal sebagai lelaki / wanita. Sekurang-kurangnya kita tahu siapa mereka dan mereka tidak bersembunyi dengan dugaan yang diberi. Justeru itu, label lelaki lembut atau sebagainya dibuang di dalam "topik kehidupan masyarakat".
Biarlah di masa hadapan, kita akan mendapat berita lebih baik daripada golongan ini. Contohnya mati syahid semasa menjalankan dakwah Islam atau mengharumkan nama negara dengan bakat yang dianugerahkan Allah s.w.t. Justeru itu, kita sebagai manusia normal tidak perlu menyisihkan golongan ini daripada masyarakat. Bimbinglah mereka ke arah yang lebih baik daripada kita membiarkan mereka hanyut di dalam lautan impian dunia imaginasi mereka.
Jadi tidak perlu kita menuding jari menyalahkan sesiapa bagi isu ini kerana ini adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.Bersama-sama kita berdoa agar kita semua ditempatkan di satu tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. tidak kira apa jua situasi diri. Bersyukur dengan fitrah dan mari bersama kita dekatkan diri bersama yang Maha Esa, Allah s.w.t.
Pertama sebelum kita terus beremosi dan menghina golongan ini. Lebih baik kita muhasabah diri dengan memberikan persoalan ini, "cukup sudah amalankah kita untuk ke syurga atau cukup sempurnakah diri kita di mana kita mempunyai tahap yang tinggi untuk menghukum manusia ini ke neraka sedangkan hukuman itu adalah satu-satunya hak Allah s.w.t.". Tujuan artikel ini ditulis juga adalah untuk kita bersama-sama menidakkan kebathilan yang berlaku kerana walaupun isu seperti ini sudah menjadi barah di dalam masyarakat Islam kita.
"Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai lelaki." (HR. Bukhari). Sudah jelas lagi terang, hukum menukar jantina adalah haram. Justeru itu, kembalilah kepada fitrah kejadian walaupun diberi dugaan yang berat kerana memiliki naluri perempuan/lelaki.
Bagi golongan ini, redhalah dengan kejadian Allah dan dekatkan diri kepada Allah Yang Esa. Positifkan diri dengan bersyukur tidak semua insan yang lahir di dunia ini mendapat dugaan seperti itu. Cukup insan sekeliling kita menghormati nilai-nilai Islam diterapkan dalam diri walau dilabelkan sebagai lelaki lembut atau sebagainya.
Apabila kita melihat dari pandangan yang lebih matang, golongan ini lebih jujur dalam melahirkan sifat mereka. Lebih baik daripada golongan gay/lesbian yang bersembunyi di sebalik perlakuan normal sebagai lelaki / wanita. Sekurang-kurangnya kita tahu siapa mereka dan mereka tidak bersembunyi dengan dugaan yang diberi. Justeru itu, label lelaki lembut atau sebagainya dibuang di dalam "topik kehidupan masyarakat".
Biarlah di masa hadapan, kita akan mendapat berita lebih baik daripada golongan ini. Contohnya mati syahid semasa menjalankan dakwah Islam atau mengharumkan nama negara dengan bakat yang dianugerahkan Allah s.w.t. Justeru itu, kita sebagai manusia normal tidak perlu menyisihkan golongan ini daripada masyarakat. Bimbinglah mereka ke arah yang lebih baik daripada kita membiarkan mereka hanyut di dalam lautan impian dunia imaginasi mereka.
Jadi tidak perlu kita menuding jari menyalahkan sesiapa bagi isu ini kerana ini adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.Bersama-sama kita berdoa agar kita semua ditempatkan di satu tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. tidak kira apa jua situasi diri. Bersyukur dengan fitrah dan mari bersama kita dekatkan diri bersama yang Maha Esa, Allah s.w.t.
Coretan berkaitan
Current Issue,
Islamic
Thursday, September 8, 2011
Video Kejadian Restoran Mamak di Seksyen 15 Shah Alam
Kejadian berlaku pada 28 Ogos 2011 yang lalu iaitu 2 hari sebelum umat Islam menyambut Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Jika penyamun beragama Islam, jika tidak dihukum di dunia biarlah Allah s.w.t memberikan hukuman setimpal kerana mencemar bulan mulia ini. Di kala insan lain cuba menambah amalan baik tapi tidak bagi mereka.
Ya, kamu boleh bertaubat, tetapi ini adalah dosa kamu dengan manusia. Fikirkanlah. Benda haram menjadi darah daging. Astaughfirullah...
Dan jika mereka berbangsa melayu, inikah melayu zaman kini? Lebih banyak membuat kejahatan dan perkara negatif dari membangunkan diri memartabatkan bangsa sendiri?
Coretan berkaitan
Current Issue
Wednesday, September 7, 2011
Lelaki Seperti Aku - Aliff Satar

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Ceritanya aku sedang sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Coretan berkaitan
Lirik
Skim Piramid
Akta Jualan Langsung 1993 (AJL) telahpun dipinda selaras dengan perkembangan industri jualan langsung di Malaysia. Berkuatkuasa 1 Mac 2011, AJL kini dengan nama baru iaitu Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti Piramid 1993 (AJLSAP) yang meminda beberapa definasi jualan langsung itu sendiri.
Jika dahulu, segala aktiviti jualan langsung berbentuk elektronik tidak perlu memohon lesen tetapi kini tidak lagi. Selagi terdapat undur membina rangkaian dan penjual langsung (distributor) menerima komisen atau faedah ekonomi lain maka syarikat terlibat perlu memohon lesen daripada KPDNKK.
AJLSAP ini juga menggariskan beberapa perkara bagi membendung Skim Piramid / Skim Cepat Kaya. Menggariskan 10 ciri utama skim piramid di dalam Jadual IV dilihat mampu memutihkan aktiviti negatif syarikat berlesen atau tidak berlesen yang menjalankan skim bagi tujuan menipu atau mendapat keuntungan berlebihan dan mengananiaya pengguna. Berikut adalah ringkasan 10 Ciri Skim Piramid yang perlu diberi perhatian. Awas dan berwaspadalah bagi syarikat yang menjalankan salah satu atau kesemua ciri yang disebut di bawah:
1.Promosi semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
2. Bonus dibayar semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
3. Kontrak bertulis tidak disediakan.
4. Pembelian wajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau permulaan pembayaran bonus.
5. Dikehendaki membeli barang-barang dalam amaun yang tidak munasabah. Tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi didesak membeli pakej untuk mendapat bonus.
6. Dasar bayar balik barang-barang tidak disediakan.
7. Dasar beli balik tidak dibenarkan atau disediakan.
8. Kehendak struktur yang ketat bagi kelayakan untuk dibayar bonus.
9. Pengunduran diri tidak dibenarkan.
10. Dibenarkan atau digalakkan membeli lebih daripada satu kedudukan.
Untuk makluman 10 ciri ini mungkin boleh dipinda berdasarkan transformasi skim piramid itu sendiri.
Jika dahulu, segala aktiviti jualan langsung berbentuk elektronik tidak perlu memohon lesen tetapi kini tidak lagi. Selagi terdapat undur membina rangkaian dan penjual langsung (distributor) menerima komisen atau faedah ekonomi lain maka syarikat terlibat perlu memohon lesen daripada KPDNKK.
AJLSAP ini juga menggariskan beberapa perkara bagi membendung Skim Piramid / Skim Cepat Kaya. Menggariskan 10 ciri utama skim piramid di dalam Jadual IV dilihat mampu memutihkan aktiviti negatif syarikat berlesen atau tidak berlesen yang menjalankan skim bagi tujuan menipu atau mendapat keuntungan berlebihan dan mengananiaya pengguna. Berikut adalah ringkasan 10 Ciri Skim Piramid yang perlu diberi perhatian. Awas dan berwaspadalah bagi syarikat yang menjalankan salah satu atau kesemua ciri yang disebut di bawah:
1.Promosi semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
2. Bonus dibayar semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
3. Kontrak bertulis tidak disediakan.
4. Pembelian wajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau permulaan pembayaran bonus.
5. Dikehendaki membeli barang-barang dalam amaun yang tidak munasabah. Tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi didesak membeli pakej untuk mendapat bonus.
6. Dasar bayar balik barang-barang tidak disediakan.
7. Dasar beli balik tidak dibenarkan atau disediakan.
8. Kehendak struktur yang ketat bagi kelayakan untuk dibayar bonus.
9. Pengunduran diri tidak dibenarkan.
10. Dibenarkan atau digalakkan membeli lebih daripada satu kedudukan.
Untuk makluman 10 ciri ini mungkin boleh dipinda berdasarkan transformasi skim piramid itu sendiri.
Coretan berkaitan
Jualan Langsung
Monday, September 5, 2011
Fauziah Latiff : Pengguna Bijak
Lagu ni dibawakan oleh Kak Jee semasa sambutan Hari Pengguna 2007 seperti dimaklumkan kepada saya.
Coretan berkaitan
Fauziah Latiff
Sunday, September 4, 2011
JEE : Masa Untuk Diri Sendiri
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my
TAMPIL mempesona dalam busana kebaya rekaan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek membuatkan mata tidak jemu memandang. Baik rona jingga mahupun epal hijau mampu membangkitkan seri wajahnya yang tidak makan usia itu.
Senyuman manis sentiasa menghiasi bibirnya membuatkan suasana sesi fotografi yang berlangsung di Restoran Seri Melayu, hangat dengan kemesraan. Setiap soalan dijawab penuh sopan malah dia sentiasa merendah diri seperti biasa.
Itulah Fauziah Latiff. Bintang yang tidak pernah berubah dari dulu. Sentiasa lembut turut katanya malah kewanitaannya cukup terserlah meskipun gemarkan aktiviti lasak dan mencabar.
Memahami tujuan wajahnya dirakam lensa, dia yang mesra disapa Jee mengalun bicara mengenai sambutan Aidilfitri. Jelasnya, lebaran disambut sederhana sejak ayahanda tercinta meninggal dunia.
Sambil menghela nafas panjang, dia yang mula dikenali menerusi lagu Digamit Memori menambah, kehilangan insan paling dikasihinya itu masih terasa hingga ke hari ini bahkan rindu yang melimpah di relung hati tidak mampu dibendung.
Seberat manapun, dia reda dengan aturan alam. Yang hidup pasti mengadap Allah SWT apabila tiba masanya dan ketentuan itu tidak boleh diubah.
“Kalau ayah masih ada, dialah yang paling sibuk melakukan persiapan. Dari soal mengemas rumah hinggalah masak, semua dia mahu buat. Ayah pandai masak, antara juadah air tangannya yang paling saya suka adalah rendang, kari dan lontong.
“Dia suka sangat duduk di dapur sampai mak bising. Terhibur lihat gelagat mereka apabila masak sama-sama. Habis urusan masak-memasak, kami anak beranak akan hias rumah bersama.
“Kehilangan ayah meninggalkan kesan hingga ke hari ini. Tidak tergamak rasanya terlalu beriya-iya menyambut raya apabila dia tiada di sisi,” kata Jee dalam nada lembut.
Sambung Jee yang rancak disolek Dinie Awaluddin, indahnya Aidilfitri apabila dapat berkumpul dengan ibu dan anak. Meskipun tahun ini giliran dua cahaya matanya, Jeffri Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11 beraya dengan bekas suami, mereka masih berpeluang meraikan hari paling bermakna bagi umat Islam itu bersama-sama.
“Setiap tahun persiapan raya lebih saya fokuskan kepada anak dan mak. Jeffri dan Jeremy tidak cerewet, apa yang saya beli mereka suka dan akan pakai. Baju Melayu bapa mereka belikan, jadi saya cuma beli baju kasual.
“Tahun ini agak kelam-kabut kerana saya ada komitmen yang menuntut lebih perhatian. Apapun saya akan pastikan detik bersama ibu, anak, keluarga terdekat dan teman rapat melakar kenangan manis buat kami semua,” katanya.
Ujar Jee lagi, suasana raya lebih meriah jika diraikan di kampung. Masih segar di kotak memorinya, tatkala arwah nenek masih hidup sambutan Aidilfitri dan Aidiladha paling dinanti-nanti.
“Suasana raya dulu tak sama macam sekarang. Rumah nenek jadi tumpuan semua sanak-saudara dan mereka masak beramai-ramai. Biasanya juadah raya dimasak dalam kawah. Setiap orang ada tugasan masing-masing, sekali pandang seperti mahu menyediakan hidangan untuk kenduri. Ada yang kacau dodol, ada yang masak rendang, bakar lemang, rebus ketupat dan macam-macam lagi.
“Suasana kampung pada malam raya sangat cantik. Setiap rumah dihias dengan pelita malah riuh rendah dengan suara kanak-kanak bermain bunga api.
“Apabila nenek sudah tiada, rumah mak saya menjadi tempat adik-beradik berkumpul. Bagaimanapun kebelakangan ini jika beraya di kampung, saya beli makanan siap masak sebab tidak mahu ibu penat. Biskut raya biasanya saya tempah daripada kawan.
“Pun begitu ada beberapa juadah yang mak masak iaitu lontong, ketupat, rendang dan serunding,” katanya yang popular dengan lagu Teratai Layu di Tasik Madu, Aku Sebutir Pasir, Kau Merubah Segalanya dan Enggan.
Lebih dua dekad mencanai bakat di persada seni, Jee melakar pencapaian membanggakan sekali gus membuatkannya mampu bertahan hingga ke hari ini. Auranya tidak pernah luntur meskipun tidak lagi sekencang dulu.
Biarpun sudah lama tidak muncul dengan album baru, namanya terus meniti di bibir peminat setianya, bahkan kehebatan serta kelainan persembahannya satu ketika dulu masih menjadi sebutan. Siapa tidak ingat dengan gadis cantik bersuara lunak yang lincah menari di atas pentas bahkan alunan suara merdunya ketika menyampaikan lagu balada membuai hati pendengar.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Jujur, bukan mudah perjalanan sebagai anak seni tetapi saya menghargai apa yang saya lalui selama ini tidak kiralah sama yang baik mahupun sebaliknya. Semua itu pengalaman yang mematangkan saya malah tidak ternilai harganya.
“Saya tahu peminat rindukan persembahan saya seperti dulu malah saya teringin mengadakan persembahan terbuka. Namun, pada fasa hidup sekarang, ada perkara lebih penting perlu saya utamakan.
“Selepas sekian lama bekerja keras, tahun ini saya peruntukkan untuk berehat. Dengan adanya masa untuk diri sendiri, banyak perkara yang sebelum ini saya tak dapat buat, boleh dilakukan. Tidak dinafikan bidang ini sebahagian daripada hidup saya. Di sinilah saya mencari rezeki dan membesar. Namun saya perlukan rehat dan dalam pada itu menyusun semula hidup saya.
“Apapun itu tidak bermakna saya langsung tidak menyanyi. Ada juga beberapa undangan persembahan acara tertutup saya penuhi,” katanya sambil menyifatkan dirinya bertuah kerana dikelilingi insan yang bagus dan sentiasa berusaha gigih menaikkan namanya malah mengakui sokongan tidak bertepi peminat memainkan peranan besar untuknya terus mendaki dan bertahan.
Keprihatinan penyanyi yang turut berbakat dalam dunia lakonan ini terhadap alam sekitar dan hidupan laut menjadikan nilainya semakin tinggi. Tugasnya sebagai duta Persatuan Pemulihan Terumbu Karang Malaysia (Coral) mengisi waktu senggangnya.
Banyak aktiviti lasak yang membabitkan alam sekitar selain aktiviti motosikal berkuasa tinggi menjadi teman setia duta produk SK-II ini.
Sumber: Harian Metro
Coretan berkaitan
Fauziah Latiff
Subscribe to:
Posts (Atom)






