Tuesday, December 25, 2007

Karnival dan Konvensyen Keusahawanan IPTA (KARNIAWAN '07)


Salam... pada 21-24hb Disember lepas saya n geng-geng saya join Karniwan 07 as peserta untuk mewakili UM tercinta...
Tidak disangka... kemenangan yang dinanti-nantikan selama ini sepanjang perjuangan kiteorang masa Karniwan 05 dan Karniawan 06 tercapai akhirnya pada Karniawan 07 ini... Detik indah apabila ia dimenangi di gelanggang sendiri... kepada semua.. kemenangan ini bukan atas faktor manipulasi mana-mana pihak kerana saya dengan jujurnya menyatakan kemenangan kami ini merupakan hasil titik peluh kami yang sanggup mengorbankan masa tidur, tenaga n macam-macam lagi la....
1. Johan Kuiz Keusahawanan (RM 500)
Kemenangan yang tidak disangka-sangka... semasa di Final saya bersyukur mempunyai ahli kumpulan yang mampu menyelesaikan soalan yang sukar... mungkin ada buah mulut menyatakan kami mendapat soalan bocor.. huh!!! tak baik cakap macam tue... kalau nak tau.. kombinasi peserta di final (Aku, Amy n Wan) merupakan satu kombinasi pasukan yang amat kuat... Aku mempunyai kemahiran di dalam pencetusan idea-idea perniagaan... Amy dengan kemahiran ekonomi dan Wan dengan kemahiran membuat keputusan... K0mbinasi inilah yang membuat kami berjaya mengalahkan peserta dari UDM, UKM, UMS dan UPSI... kepada pasukan yang tewas di tangan kami.. kami betul tidak percaya bahawa kalian sebenarnya memang hebat cuma bezanya ilmu di dada yang membezakan kita.. cheewaaahh!!!
2. Johan Rancangan Perniagaan (RP) Terbaik (RM 2,000)
Kemenangan yang memang ditunggu-tunggu oleh kami sepasukan.. bayangkan selama saya 3 tahun menyertai karniawan... inilah detik emas buat saya kerana RP saya memenangi Johan bagi tahun ini.. bagi tahun sebelumnya ketewasan kami mencalar kredibiliti kami sebagai pembentang... bayangkan RP yang tidak berjaya ke Final pada tahun 2006 berjaya menjadi Johan pada tahun ini??? Ini yang memelikkan kami.... Penganjur juga menyatakan markah kami adalah markah tertinggi bagi saringan... bayangkan!!!
Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana pemilihan kali ini betul-betul telus kerana pengadil yang memilih RP kami sebagai Johan adalah dari Pengurus Pelaburan, Pengarah Tritime dan Pensayarah UMS... nah semuanya orang luar.. bukan khas dari UM...
Perbentangan bermula dengan Ira sebagai pemula majlis diikuti Nadiah di bahagian pengurusan.. pembentangan dilengkapkan lagi oleh Hilmi untuk pemasaran dan perjuangan diteruskan oleh saya di bahagian kewangan dan ditutup indah oleh Wan di bahagian operasi dan kesimpulan yang bernas dari Ira... Nah!!! Keyakinan kami meletakkan kami di tempat sepatutnya... Thank you for Amy, Nad, Wan n Ira... terima kasih kerana meletakkan RP saya menjadi juara pada tahun ini...
3. Naib Johan Anugerah Usahawan Siswa Terbaik (RM 2,000)
Saya tidak pernah terduga untuk memenangi anugerah ini... bayangkan semasa sesi temuduga.. calon lain sememangnya hebat dengan projek dan perniagaan yang betul-betul mantap... di dalam sesi temuduga.. saya hanya membekalkan keyakinan dan azam serta doa agar segala jawapan saya dapat meyakinkan juri... ada jugalah dua tiga soalan yang tidak dijawab sempurna oleh saya.. jadi pada itu saya merendah diri untuk menyatakan saya bukan calon yang layak untuk memenangi anugerah ini.. Rezeki Allah siapa yang mampu halang... apabila disebut saya memenangi Naib Johan bagi anugerah ini... siapa yang mampu menghalang air mata kesyukuran mengalir sebagai tanda syukur ke hadrat Allah bahawa anugerah ini adalah milik saya???
Sebagai penutup bagi Karniawan ini.. alangkah indahnya kemenangan ini dikongsi bersama dengan team yang dulu yang bersama berjuang selama ini.. Kepada haiyena n Azrul... kami telah buktikan UM mampu untuk berdiri gah walau kita pernah sama-sama jatuh bangun selama ini...
Kepada Hilmi, Nadiah, Hazwan, Zahira, Norwati, Yasser, Aqila, dan Ridzwan.. terima kasih atas pengorbanan kalian... Ini kemenangan kita bersama walau kita tewas dalam Entrepreneur Risk... Yang penting hubungan kita sebagai satu team amatlah kuat... Cayok!! Aja- Aja Fighting!!!

Monday, December 17, 2007

Juara Lagu 22 - Siapa Bakal Juara?

Silalah membuat undi anda di bahagian Poll yang disediakan disebelah kiri bagi jangkaan lagu yang akan memenangi Juara Lagu 22? Manakah lagu yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu... pilihlah jangkaan pilihan lagu anda..

Wednesday, December 12, 2007

Bersamamu.. Menyelami Penderitaan...

Terdetik semalam hati aku.. tgk Bersamamu TV3... masih ramai orang yang susah kat Malaysia nie.. aper yang aku terpikir.. pendatang yang ada di Malaysia mampu bermewah2 di negara kita sedangkan rakyat kiter merempat di jalanan.... Sedih aku tgk.. (mmg sedey pon tgk bersamamu)... penah aku menitik air mata tgk bersamamu..

Tapi ni realiti, sama jerk macam aku dulu... Arwah mak ibu tunggal.. nak besarkan anak 11... sorang pon tak tolong... pastu Arwah mak aku meninggal... aku sendiri hidup tanpa bantuan... berdiri ngan kaki sendiri... sampai la aku berjaya abis diploma UPM n skrg kat UM (ijazah)..

Ader org cakap Bersamamu ni nak carik untung... bior aku sedarkan masyarakat... Bersamamu tu mmg realiti yang betol n berlaku... cuma orng tak pandang.,... jiran2 mmg tak bantu... hanya melihat jer... kita kata rakyat Malaysia penyayang... nah.. kenapa rakyat kita ader yang merempat... syarikat bukan nak amik kalau ader rakyat yang tak der kelulusan.. tapi kalau pendatang.. amik sampai penuh satu kilang tak per...

After that kita cakap orang kita memilih kerja... sapa cakap... korang penah ader kat tempat dieorang ker... aku tgk dengan mata kepala aku sendiri... sebab tu ader yang merempat..

Kepada semua.. empati pada nasib orang... aku cakap sebab aku penah merasa... di hina.. n macam2 lagik la... sekrang aku buktikan.. tanpa bantuan saper2 aku leh jugak berdiri... Syukur alhamdulillah...

Monday, December 10, 2007

Business Law - My Assignment

Contract Act 1950 is silent on the question of intention to create legal relation as an essential element forming a valid contract. However, it is a trite law in England that it is condition to form a valid contract. In view of the above, explain:

a) the importance of its existence in a contract;
b) the arising presumption from the two situation i.e. social, family or other domestic
agreements and commercial agreement

ANSWER (a)

An integral element of a contract at law is that the parties to it must intend their agreement to have legal force in the sense that each party can take legal action to enforce it. Unless there is an express statement in the agreement on this matter, there is a presumption that agreements of a family, social or domestic character are not intended to have legal effect. In all other agreements (commercial agreements) the presumption is that the parties did intend it to have legal intent. In both situations the presumptions can be rebutted by evidence to the contrary.

Example Cases:
Balfour v Balfour [1919] 2 KB 571
Jones v Padavatton [1969] 2 All ER 616
Esso Petroleum Ltd v Commissioners of Customs & Excise [1976] 1 All ER 117
Rose and Frank Co v J R Crompton and Bros [1923] 2 KB 261
Ermogenous v Greek Orthodox Community of SA Inc (2002) 209 CLR 95



ANSWER (b)

“Social agreement is not usually legally binding, whilst a business agreement is usually binding”

Business / Commercial Agreement
Ø the law presumes that there is intent for the agreement to be legally binding

A business agreement is legally binding unless it says that it is not. Here the law presumes that there is intent for the agreement to be legally binding. However this presumption can and has been rebutted as in Jones v Vernon's Pools 1938 and Ford v AUEW 1969. It is important to look at Kleinwort Benson v Malaysian Mining Corporation 1989 at both High Court and Appeal Courts for differing views on ‘comfort letters" and intent.

Social and Domestic Agreement
Ø social agreement is not usually legally binding

No intent presumed. See Balfour v Balfour 1919 and Jones v Padavatton 1969 where a mother agreed to finance and house her daughter during studies. Later, after a quarrel the mother went back on her agreement. Held that it was not legally binding as it was a social or domestic arrangement. This last case can be contrasted with that of Merritt v Merritt 1970 where the family circumstances were different, and with Simpkins v Pays 1955.
Consider: A group of student decide to buy 100 lottery tickets. They designate one of the groups to collect the money and purchase the tickets. One of the tickets wins the jackpot. The person who bought the ticket decides to keep the money as there was not a legal agreement.

Saturday, December 8, 2007

Sample Question For Interview

1. Why have you applied to ABC?
2. What attracts you to ABC?
3. What do you know about our business/the financial services industry?
4. What qualities/skills do you have which make you suitable?
5. Describe your ideal position within our Firm.
6. What are your future goals?
7. Who else have you applied to and why?
8. What degree classification/GPA are you expecting?
9. Why did you choose to study at ________ university/college/business school?
10. What have you learned at university/college/business school which you can bring to this position?
11. Tell me about your involvement in _________ (e.g. student society, sports team).
12. Can you give me an example of working in a team?
13. Please tell me about a time when you were under intense pressure.
14. Give me an example of a time when you handled a major crisis or problem.
15. Give me an example of where you demonstrated leadership.
16. What are your strengths/weaknesses?
17. What did you gain from your previous work experience/internship(s)?
18. What do you do in your spare time?
19. Have you any questions to ask me?
20. Tell me about a significant achievement that you are proud of.

Bersama Ustaz Rahman Rahmani - Pengasas Rumah Anak Yatim Baitul Ummah

1. Adakah bantuan masyarakat terhadap rumah-rumah kebajikan sudah mencukupi atau hanya melepas batuk ditangga semata-mata?

Secara jujurnya saya mengatakan bahawa bantuan yang diberikan terhadap rumah-rumah kebajikan adalah tidak mencukupi sama sekali. Bantuan masyarakat sebenarnya hanya mengikut musim. Sebagi contoh bila tiba bulan Ramadhan, banyaklah bantuan yang diberikan terhadap rumah-rumah kebajikan. Selepas musim atau bulan Ramadhan maka sunyi kembali bantuan yang diberikan oleh masyarakat terhadap rumah-rumah kebajikan. Maka kami terpaksa mencari alternatif lain bagi memenuhi keperluan anak-anak yatim di sini misalnya. Bukan mahu menagih simpati, cuma bantuan yang diberikan perlulah diberikan secara berterusan. Tidak semestinya sumbanagn itu berbentuk material malah kasih sayang dan perhatian itu lebih penting kepada mereka supaya tidak merasa tersisih di dalam masyarakat.
2. Pada pandangan Ustaz, adakah masyarakat kita sedar akan tanggungjawab mereka dalam membantu golongan kurang bernasib baik?

Pada pandangan saya, masyarakat kita ada yang sedar dan ada juga yang tidak sedar akan tanggungjawab mereka ke atas golongan yang kurang bernasib baik. Dalam bahasa kasarnya peratusan yang boleh diberikan ke atas kesedaran masyarakat ini adalah 50:50. Masyarakat itu hanya sedar apabila perkara ini berlaku di batang hidung mereka sendiri. Jika tidak, mereka hanya mementingkan diri semata-mata dan tidak memperdulikan nasib malang yang menimpa diri orang lain. Bagi yang sedar, mereka ini tidak putus-putus memberi bantuan malah sanggup meluangkan masa untuk bersama golongan kurang bernasib baik ini dalam menyelami erti kehidupan sebenar.
Sebagai contoh, aktiviti Kelab Penyayang Universiti Malaya, mahasiswa dan mahasiswi bersama turun padang dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. Perkara ini menunjukkan bahawa kesedaran tetap ada dalam masyarakat, cuma ia hanya dilakukan oleh golongan tertentu sahaja dan dalam situasi yang saya berikan, ia dilakukan oleh pelajar universiti. Pada pendapat saya, kesedaran dan kempen juga perlu diadakan secara meluas bagi menyedarkan masyarakat kita tentang penderitaan golongan kurang bernasib baik agar kehidupan kita ini dipenuhi dengan limpahan kasih sayang dan rahmat-Nya.
3. Apakah bantuan sebenar yang amat diperlukan oleh rumah-rumah kebajikan?

Tidak malu saya nyatakan bahawa bantuan sebenar yang amat diperlukan oleh rumah-rumah kebajikan adalah bantuan dalam bentuk kewangan. Kedua adalah dari segi barang keperluan harian. bagi bantuan kewangan, kita perlu melihat situasi rumah kebajikan tersebut. Adakah rumah kebajikan tersebut tapaknya disewa atau milik persendirian. Dan jika menyewa, ia memerlukan kos bulanan tetap bagi aktivis masyarakat di dalamnya rumah tersebut untuk membayarnya. Kebanyakan aktivis masyarakat seperti kami bukanlah datangnya dari golongan berada, cuma kami memberi apa yang kami mampu berikan kepada mereka.
Bagi barang keperluan, bantuan perlulah secara berterusan agar keperluan golongan kurang bernasib baik ini mencukupi. Janganlah hanya mengikut musim tertentu sahaja, seperti hidup masyarakat di luar sana yang memerlukan pelbagai benda untuk memenuhi keperluan hidup, begitulah juga dengan golongan kurang bernasib baik ini. Kita sama sahaja, khalifah Allah di muka bumi ini.
4. Pada pendapat Ustaz, apakah peranan sebenar masyarakat dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik?

Peranan sebenar yang perlu dimainkan oleh masyarakat ialah jangan sekali-kali menyisihkan golongan kurang bernasib baik ini. Cukup sekadar kita memberi perhatian kepada mereka. Ini kerana kasih sayang merupakan entiti yang paling diperlukan oleh golongan kurang bernasib baik ini. Setiap manusia inginkan kasih sayang, jadi tidak terkecuali bagi mereka yang menerima nasib malang. Jika harta benda kita tidak dapat sumbangkan, cukup sekadar kita menghargai mereka dalam menjadi entiti masyarakat pada hari ini.


Ustaz Rahman Rahmani merupakan pengasas Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Ummah di Gombak Selangor. Beliau merupakan aktivis masyarakat yang aktif dalam membela nasib golongan kurang bernasib baik terutamanya anak-anak yatim di Malaysia.

-Azlan Ali-

Monday, December 3, 2007

Perhimpunan BERSIH dan HINDRAF : Mencalar Kedaulatan Keamanan Malaysia


Baru-baru ini, telah berlakunya perhimpunan ketidak puasan hati yang dilakukan BERSIH dan HINDRAF... Nah!!! Demokrasi Malaysia dicabar!!! Keamanan tercalar!!! Di mana letaknya perpaduan yang terpupuk selama 50 tahun ini???

Kita mulakan dengan perhimpunan BERSIH di ibu negara. Saya terpanggil untuk menyatakan tindakan mereka adalah satu tindakan yang kurang bijak kerana ia hanya memalukan negara semata-mata. Adakah mereka mahukan negara ini menjadi negara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya??? Keamanan yang dicapai tercemar dek nafsu politik yang belum tentu mencerahkan masa depan negara kita. Memalukan!!! Demontrasi jalanan yang hanya merugikan banyak pihak. Sensitiviti masyarakat Malaysia dianggap mudah bagi kumpulan ini. Tidak sedarkah mereka tindakan mereka ini hanya menjatuhkan maruah Malaysia di mata dunia???

Kita pergi pula pada perhimpunan kaum yang dilakukan HINDRAF. sudah 50 tahun kemerdekaan dicapai, mengapa ini boleh terjadi??? Setahu saya, tiada penindasan kaum di Malaysia tetapi mereka menuntut hak dan mencemar perlembagaan Malaysia. Jika hak mereka ingin ditegakkan... bagaimana dengan hak orang Melayu, Bumiputera, Cina dan lain-lain????

Kesimpulannya, tindakan kurang bijak inilah yang menjadikan Malaysia mula menerima tamparan dalam isu keamanan. Kepada rakyat Malaysia, jika ingin bertindak.. ikutlah kewarasan dan timbang rasa. Gunakan saluran yang betul untuk mengatasi apa jua masalah. Salam Perpaduan buat semua.