Monday, October 22, 2007

Minggu Peperiksaan IPTA Bermula

Minggu hadapan bermulalah perjuangan siswa siswi untuk mula memerah otak untuk berjuang untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi rakan-rakan di UM dan yang mengenali saya.. saya ucapkan selamat menghadapi peperiksaan. GOOD LUCK!!! harap kita sama-sama berjaya...

Sunday, October 7, 2007

Salam Aidilfitri Buat Semua...

Sempena bulan yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang nanti... Minta maap la kalau ader buat silap yerk...

Monday, October 1, 2007

Kisah Menyayat Nurin...


Saya rasa ramai yang mengetahui akan nasib malang yang menimpa kanak2 8 tahun yang didera secara seksual sehingga menyebabkan kematiannya... aduh... setelah sekian lama rakyat Malaysia menanti dan mengikuti pencarian Nurin.. nah kita digemparkan dengan penemuan mayatnya yang begitu tragis... Ibu bapa mana yang tidak meraung apabila melihat anak kesayangan mereka diperlakukan sedemikian rupa... Saya berdoa agar keluarga Jazimin tabah menghadapi dugaan ini...
Kita kadang terlupa akan kejahilan manusia zaman kini.. kejam... kanak2 diperlakukan seperti binatang... inikah nilai sebuah nyawa yang mungkin menjadi sinar bagi negara kita??? keletah kanak2 riang bermain di fikiran saya... bagaimana keadaan Nurin ketika didera dengan begitu teruk sekali.. saya ada terbaca akhbar (30 Oktober) bahawa terdapat airmata yang mengalir di kelopak mata Nurin!!! aduh seksanya pemergiannya...
Kepada pembunuh Nurin, kamu begitu kejam!!! Saya berharap dengan penangkapan 5 suspek dalam kes pembunuhan Nurin akan menjawab segala rungkai masalah yang bermain di fikiran kita terutamanya si Durjana Pembunuh!!! Sesungguh Laknat Allah bersama pembunuh tersebut...